Flipbook.

Friday, May 25, 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 25 Mei 2012
Backdrop
Senamrobik
Permainan Bola Jaring
Aksi guru dan murid




Monday, May 21, 2012

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE

Tarikh : 21 Mei 2012  
Masa : 9.30 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

          Pada 21 Mei 2012, bertempat di Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah diadakan Majlis Penutupan dan Penyerahan Sumbangan daripada pelajar Universiti Malaya. 3 orang pelajar dari Universiti Malaya iaitu daripada Siti Nurfatihah, Radhiah, dan Muhammad Faiz, kerana sudi memilih Pusat Sumber SK  Bangsar telah mengadakan projek "Together We Learn, Together We Serve" pada 23 April - 4 Mei 2012
            Mereka bertiga telah melaksanakan projek ini dengan jayanya. Antara program yang telah diadakan ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Malaysia yang diadakan selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan berorientasi Literasi Maklumat yang merupakan salah satu bidang Pusat Sumber Sekolah. Mereka telah menyediakan sudut pameran bertema di dalam Pusat Sumber Sekolah. Bahan pameran diperolehi daripada internet dan majalah yang dipilih di Pusat Sumber. Sudut pameran ini dihias begitu ceria untuk menarik murid membaca dan mencari maklumat berkaitan dengan makanan tradisional.
Soalan kuiz diadakan untuk murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran. Pertandingan mewarna makanan tradisional juga diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid mewarna. Pada waktu rehat murid-murid berpeluang mengikuti aktiviti permainan berkaitan dengan makanan tradisional. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab dan menyertai pertandingan yang diadakan. Tayangan video pun diadakan di Bilik Media. Ini merupakan pengalaman baru bagi murid-murid SK Bangsar.
Mereka bertiga juga membantu Pusat Sumber memproses buku baru dalam sistem automasi Program S-Lib. Ini dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu sains perpustakaan
            Pihak sekolah sememangnya mengalu-alukan kehadiran pihak luar unutk membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Saya berharap agar projek yang berbentuk service learning ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana melalui projek sebegini, banyak faedah yang diperoleh oleh pihak-pihak yang terlibat.
Ucapan daripada Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof. Dr. Moses Stephens Gunams Samuel selaku timbalan dekan fakulti
Tayangan video aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Sumber SK Bangsar
 Cik Norhazalina Hashim menyampaikan ucapan wakil Guru Besar SK Bangsar
Sijil Penghargaan
Sumbangan buku
Sijil Penghargaan, sumbangan buku daripada Universiti Malaya
Buku yang diterima
Sijil Penghargaan
Buku

Friday, May 18, 2012

PROJEK TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE

Projek ini telah dilaksanakan selama 2 minggu bermula dari 23 April  - 4 Mei 2012 oleh 3 pelajar Universiti Malaya iaitu saudari Siti Nurfatihah Bt Zakaria, Radhiah Bt Yunus dan Muhammad Faiz Bin Mohd Amir dengan jayanya. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang projek ini ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Masyarakat Berbilang kaum di Malaysia, permainan, mewarna dan tayangan video.
Majlis penutup telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar yang telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Encik Mohd Ali sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti yang dijalankan. Penutup diakhiri dengan persembahan murid  tahun 4 telah membuat persembahan lagu "Gemuruh".
Hadiah dan sijil yang disediakan oleh pelajar Universiti Malaya
Backdrop
Ketua Pengarah Projek - Siti Nurfatihah Binti Zakaria
Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum  merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah

Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Persembahan tarian - Gemuruh
Murid-murid bersama tiga orang pelajar Universiti Malaya.

Thursday, May 17, 2012

PEMENANG PAMERAN BERTEMA MAKANAN TRADISIONAL

Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Makanan Tradisional telah diadakan pada 17 Mei 2012 yang bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar.
PERTANDINGAN MEWARNA
TAHUN 1
  1. Rahmah Mohd Awae – 1 Dinamik
  2. Aqila Najila Qistina Mohd Shukri – 1 Inovatif
  3. Norakma Saffiah – 1 Inisiatif
TAHUN 2
  1. Zulaikha Nurul Aini Mat Ghazali – 2 Dinamik
  2. Nur Fatinajihah Mohd Yusri – 2 Dinamik
  3. Dewi Nur Adrysha – 2 Dinamik
TAHUN 3
  1. Wan Muhammad Afiq Wan Muzaimi – 3 Kreatif
  2. Nur Ainna Syafiqah Mansor Adbi – 3 Inisiatif
  3. Nor Alia Shuhada Mohd Riddduan – 3 Kreatif
TAHUN 4
  1. Siti Aida Nabila Aini – 4 Dinamik
  2. Hana Umaira Idris – 4 Fokus
  3. Asmaleana – 4 Fokus
TAHUN 5
  1. Muhammad Hakimie Norhan -  5 Kreatif
  2. Nik Mazni Iryanie Nik Mansor -  5 Dinamik
  3. Wardatul Farha Rafizal – 5 Fokus
TAHUN 6
  1. Nurul Izzah Azhar – 6 Inovatif
  2. Syara Syahira – 6 Progresif
  3. Siti Nur Abdah Ismail – 6 Progresif
 KUIZ
TAHUN 3
  1. Erni Nurzuhai Najwa – 3 Efektif
TAHUN 4
  1. Wan Nurul Shazana – 4 Optimal
  2. Nurul Najwa Zainal Abidin – 4 Optimal
  3. Syazriyana Aqeem – 4 Optimal
TAHUN 5
  1. Nurul Atirah Alias – 5 Efektif
  2. Rahmah Harmaini – 5 Efektif
  3. Nur Anis Balqis – 5 Dinamik
TAHUN 6
  1. Rusydina Adilah Rashid – 6 Dinamik
  2. Nurul Hanis Izzati – 6 Dinamik
  3. Nakimie Haidie – 6 Responsif
PESERTA PALING AKTIF :
  1. Nurazwani Azam – 6 Efektif
  2. Muhammad Afiq Asyraf Mohd Amirul – 5 Efektif

PENGUNJUNG BERTUAH
1.Nur Alya (1 Optimal)
2.Nur Shafila (2 Dinamik)
3.Nor Shazwani Jumat (3 Efektif)
4. Mohd Shahril Aizat (4 Fokus)
5. Muhammad Faizuddin Zuri (5 Efektif)
6.Muhammad Haiqal Najwan Saidi (6 Responsif)
7.Nurul Hanis Izzati Zolkeplay (6 Dinamik)
8.Wan Zainatul Fathiah Wan Zin (6 Progresif)
9.Mohd Ikhmal Hakim Omar (5 Efektif)
10.Nurina Atiqah (5 Fokus)

Wednesday, May 16, 2012

CONTOH SIJIL ANUGERAH NILAM 2012

SIJIL RAKAN PEMBACA

Murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas


SIJIL ANUGERAH GANGSA

Murid yang telah membaca buku sebanyak 90 - 180 buah buku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...