Semakan stok telah dadakan pada 1-9 November 2012 yang dibantu oleh Pengawas Tahun 4,5 dan 6. Terima kasih buat semua Pengawas PSS yang sudi membantu.
Flipbook.
Saturday, November 10, 2012
TEKS JURUACARA MAJLIS JAMUAN PERDANA TAHUN 6 2012
1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
-Yang
berusaha Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar,
Encik
Mazlah Bin Abd Maulud – YDP PIBG
Encik
Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor
Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik
Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
para
ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 yang diraikan.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Langkawi;
Pemanis kata selamat datang,
Dewan nan indah Dewan Bestari.
-
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas
limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Jamuan Perdana Tahun 6 pada malam ini. Semoga
usaha kita semua diberkati Allah.
2.BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi
menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz _________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin
Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
______________ atas bacaan doa itu tadi.
3.UCAPAN YDP PIBG
-
Hadirin sekalian,
Majlis
dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik Mazlan Bin Abd Maulud untuk menyampaikan ucapan Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih
diucapkan kepada Encik Mazlan Bin Maulud YDP PIBG di atas kesudian menyampaikan
ucapan.
4.UCAPAN GURU BESAR
Hadirin
sekalian,
Majlis
dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Jamuan Tahun 6 . Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima
Kasih diucapkan kepada Puan Che Norizam Binti Abdullah di atas kesudian
merasmikan Jamuan Perdana Tahun 6.
5.JAMUAN MAKAN
Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara:
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.
Hadirin
sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan
6. PERSEMBAHAN GURU
Sementara
para hadirin menikmati jamuan makan. Hadirin sekalian akan dihiburkan dengan
persembahan daripada guru-guru.
7. PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI SELEPAS UPSR
Kini
tibalah saat yang ditunggu-tunggu majlis penyampaian hadiah aktiviti selepas
UPSR.
Majlis
mempersilakan _________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
8. PERSEMBAHAN MURID
Majlis
seterusnya ialah persembahan murid, iaitu persembahan karaoke- Pemenang Idola
Kecil solo dan kumpulan.
9.CABUTAN BERTUAH 1:
Hadirin
hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya
, tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.
Sebentar
lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.
Bagi
maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
_________________ untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
10. PERSEMBAHAN – BEBAS
10. PERSEMBAHAN – BEBAS
11. CABUTAN 2
12. PENUTUP
Hadirin
yang dimuliakan,
Majlis
kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk
merakamkan sekalungan bunga terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara malam ini
berlangsung dengan jayanya.
Saya
akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi
Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI TAHUN 6 DAN PRA SEKOLAH TAHUN 2012
Hadirin diminta berdiri
- Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha, Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar,
Encik Mazlan Bin Abd Maulud – YDP PIBG
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum
masuk ke dewan.
-Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.
Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
1.KATA
ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu
Malaysua
-Yang berusaha Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar,
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
para ibu bapa,
guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 dan pra sekolah Kebangsaan Bangsar yang
diraikan.
- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama
meraikan Majlis Graduasi Tahun 6 dan pra sekolah pada hari ini. Ucapan
terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati
Allah.
Sarung
ketupat berisi inti,
Dibawa
budak sambil berlari;
Kehadiran
semua sangat dihargai,
Moga
Majlis bertambah seri.
-Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis
ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan
Pra sekolah yang telah berjaya
menamatkan sesi pembelajaran di SK Bangsar bagi tahun 2012.
Bacaan
doa,
Bunga
mawar cantik tersemat,
Dipetik
gadis di tepi titi;
Doa
dibaca memohon Rahmat,
Moga
Majlis sentiasa diberkati.
Bagi
menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin
Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan
Guru Besar dan perasmian
Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Che
Norizam Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Che Norizam Binti
Abdullah di atas kesudian merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 dan pra sekolah 2012.
Penyampaian
anugerah
Hadirin
yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha
gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya
diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
-Hadirin sekalian
- Majlis mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum mengiringi Pn Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar SK Bangsar naik ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian
anugerah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
- Terima kasih diucapkan kepada Pn Che Norizam Binti
Abdullah di atas kesudian menyempurnakan
majlis.
-Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah.
Diharapkan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada para murid-murid untuk
terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
Akhir
acara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis
berakhir penuh syafaat
Menjadi
ingatan sepanjang zaman
Amalan
sepakat membawa berkat
Hidup
beramal bertunjang iman.
Kalau
ada jarum yang patah
Banyak
kain tidak berjahit
Kalau
ada silap dan salah
Jangan
jadikan kenangan pahit
-Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T
dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah
bernama insan.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah.
Pengkalan
raja desa mahkota,
Tanjung
piai tempat seloka;
Ampun
dipohon maaf dipinta,
Berjumpa
lagi di lain ketika.
Saya
akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi
Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Friday, November 9, 2012
SELAMAT BERCUTI - CUTI AKHIR TAHUN 2012
Pusat Sumber SK Bangsar ingin mengucapkan selamat bercuti..
Thursday, November 8, 2012
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012
Majlis Anugerah Cemerlang SK Bangsar 2012 telah diadakan pada 8 November 2012 di Dewan Bestari SK Bangsar.
Subscribe to:
Posts (Atom)