Flipbook.

Monday, January 7, 2013

SELAMAT DATANG KE PSS SK BANGSAR

Pusat Sumber SK Bangsar

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAAN PERMAINAN KRIKET

7 Januari 2013- Guru Besar SK Bangsar Pn Che Norizam Binti Abdullah telah sudi menyampaikan sijil penyertaan pertandingan kriket peringkat zon.
sijil penyertaan



MISI, VISI DAN MOTO PSS SK BANGSAR

PUSAT SUMBER SK BANGSAR

RANCANGAN TAHUNAN PSS 2013

Rancangan Tahunan PSS 2013

BIL
AKTIVITI
TARIKH PELAKSANAAN
1
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber 1
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber 2
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber 3
21 Januari 2013
7 Mei 2013
30 September 2013
2
Keceriaan PSS
-Gotong-royong
5 Januari 2013
Sepanjang Tahun
3
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2013
4 Februari 2013
4
Pertandingan Pembaca Terbanyak Tahun 2013 (Setiap bulan mengikut aliran)
Januari - Oktober 2013
5
Pameran Bertema
  1. Hari Wilayah
  2. Tekstil
  3. Boneka
  4. Gunung
  5. Hari Kebangsaan
Januari - November 2013
6
Taklimat Program NILAM
7
Orientasi PSS
Tahun 1
Tahun 4
Februari 2013
8
Bengkel Proses Teknik Bahan PSS
Mac & Jun 2013
9
Brosur dan Buliten PSS
Feb & Jun 2013
10
Resensi Buku Baru
Jan – Nov 2013
11
Minggu PSS
Jun 2013
12
Pelancaran Hari Buku & Hak Cipta Sedunia
April 2013
13
Lawatan Sambil Belajar
  1. Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor
  2. Institut Terjemahan dan buku Malaysia
  3. Angkasapuri
  4. Muzium Tekstil
Mac, Jun, Sept  dan Okt
14
Aktiviti & Gerak Gempur Rakan Pembaca (RP)
April & Julai 2013
15
Jamuan Tahunan Pengawas PSS Tahun 2012
November  2013
16
Literasi Maklumat
Kuiz kosa kata – Penggunaan Kamus
Sepanjang tahun
17
Kem Membaca 1 Malaysia
November 2013
18
Penggunaan televisyen dalam pendidikan
Sepanjang tahun
19
Bulan Bahasa Melayu
Bulan Februari 2013
20
Bulan Bahasa Inggeris
Bulan Mac 2013
21
Bulan Sains
Bulan April 2013
22
Bulan Matematik
Bulan Mei 2013
23
Bulan Patriotisme
Bulan Ogos-Sept

Sunday, January 6, 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER SK BANGSAR

1.0         PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar merupakan sebuah tempat menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran  Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan  yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras Visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
4.0 OBJEKTIF
4.1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan harmonis.
4.2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
4.3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4.4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
4.5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
 5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar 
6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Cik Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                 : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                      Pn Zalina Binti Mohamad
                                      Pn. Wan Izyan
                                      Pengawas Pusat Sumber
7.0       AKTIVITI PAMERAN
            7.1       Pendaftaran
           7.2       Taklimat ringkas
           7.3       Pembahagian kumpulan:
            i. Proses Teknik Bahan Buku
            ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv. Mengecat Bilik Media
vi. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
7.4. Jamuan makan
8.0       TEMPAT PAMERAN
            8.1       Pusat Sumber Sekolah
9.0       PERALATAN
            Cat, berus, liminate,  dan  plastik alas meja
10.0      TARIKH
5     Januari 2012 - Sabtu
11.00      ANGGARAN PERBELANJAAN
Makanan dan minuman – 15 orang murid x RM 5.00 = RM75.00
12.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. 
13.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh :
............................................................
(CIK NORHAZALINA BT HASHIM)
PENYELARAS
mengecat Bilik Media oleh Cikgu Mohd Nazir
Pemilihan buku untuk pinjaman pukal
Proses Teknik Bahan Buku dalam sistem automasi S-Lib
Makanan disediakan untuk AJK-Nasi goreng kampung, sandwich dan air teh tarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...