Thursday, September 1, 2011

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN 2011



Selamat Hari Kemerdekaan ke 54
Tema Hari Kemerdekaan bagi tahun 2011 ialah " Trasformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kini Malaysia sudah merdeka selama 54 tahun. Alhamdulillah terdapat pelbagai pembangunan dan pencapaian yang amat membanggakan negara. Malaysia merupakan negara yang terdiri pelbagai kaum yang hidup aman sentosa. Oleh itu, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa untuk merdekakan Malaysia daripada penjajah.

Setiap tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi tahun 2011, Hari Kemerdekaan kali ke 54 akan disambut pada 16 September 2011 di Dataran Merdeka.

No comments:

Post a Comment