Friday, February 3, 2012

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)
1. Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.
2. Pelajar mesti menulis butir-butir diri di dalam fail pendaftaran.
3. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.
4. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter sirkulasi.
5. Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar pusat sumber.
6. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.
7. Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.
8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber.
9. Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.
10. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
11. Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.
12. Pintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.
13. Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.
14. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.
15. Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.

Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.

Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.

Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.

Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.

Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.


BILIK MEDIA

TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN

1. Persatuan / Kelab / Unit Beruniform / Guru / Kakitangan sekolah / Pihak-pihak lain boleh membuat tempahan dengan mengisi Buku Rekod Tempahan Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media.

2. Bilik-bilik ini boleh juga ditempah untuk pameran, ceramah, bengkel, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan ramai peserta.

3. Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik-bilik ini. Pastikan pelajar beratur dan berkeadaan senyap sewaktu berjalan ke bilik-bilik ini dan kembali semula ke kelas.

4. Tempahan boleh dibuat oleh guru hanya seminggu sebelum tarikh penggunaan.

TEMPAHAN ALATAN

1. Semak dan maklumkan tentang alatan yang ingin digunakan 2 hari sebelum hari penggunaan.

2. Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada Penyelaras Bilik Tayangan / Bilik Multi Media.

PENGGUNAAN ALATAN

1. Sila rekodkan jenis alatan yang digunakan dalam bahagian Catatan dalam Buku Rekod Penggunaan.

2. Sebarang alatan di bilik-bilik ini TIDAK BOLEH dibawa keluar.

3. Tidak dibenarkan mengubah sebarang alatan dari kedudukan asalnya.

4. Segala alatan diselenggarakan sendiri oleh pengguna. Pengguna hendaklah mematuhi cara penggunaan alatan.

5. Dapatkan bantuan Penyelaras Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media jika terdapat masalah dalam mengendalikan alatan.

DISIPLIN SEMASA BERADA DI BILIK AUDIO VISUAL
DAN BILIK MULTI MEDIA

1. Para pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di bilik-bilik ini.

2. Hanya buku dan alat tulis sahaja boleh dibawa masuk. Beg dan barang-barang lain mestilah diletakkan di luar bilik.

3. Pengguna diminta menyusun semula kerusi dan meja seperti susunan asal selepas menggunakannya.

4. Padamkan papan putih yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebelum keluar dari bilik.

5. Tutup semua suis sama ada kipas, lampu, alat pendingin hawa, alatan elektrik dan alatan lain sebelum keluar.

6. ‘Rewind’ semula setiap pita yang telah digunakan.

7. Pastikan bilik-bilik ini sentiasa berkeadaan bersih dan teratur semasa meninggalkannya.

8. Guru mata pelajaran bertanggungjawab memantau perlakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

9. Guru hendaklah memastikan pelajar keluar dari bilik-bilik ini dengan selamat dan tidak mengambil sebarang alatan keluar.

10. Pelajar dilarang masuk sebelum ketibaan guru dan dilarang menyentuh sebarang alatan di dalam bilik-bilik ini kecuali dengan arahan guru.

PERATURAN PEMINJAMAN BUKU

Setiap peminjaman buku mesti menggunakan kad kod bar kecuali pelajar tingkatan 1 untuk tempoh (Jan – Feb). Anda tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar lain.

Hanya dua buku sahaja boleh dipinjam oleh setiap pelajar pada satu-satu masa.

Waktu urusan peminjaman hanyalah ketika waktu rehat pertama dan kedua serta ketika pengawas perpustakaan bertugas sahaja.

Tempoh peminjaman ialah selama satu minggu. Buku-buku ulangkaji PMR, SPM dan STPM yang dipinjam tidak boleh diperbaharui (renew).

Selepas urusan peminjaman selesai, peminjam dinasihatkan menyemak semula tarikh peminjaman bagi mengelakkan kesilapan .

Pastikan kad anda dipulangkan selepas anda mengembalikan buku di kaunter pemulangan.

Bahan-bahan selain buku boleh dipinjam setelah mendapat kebenaran guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.

Buku-buku dari almari berkunci di meja pameran dan di kaunter HANYA BOLEH dibaca di dalam pusat sumber setelah butir-butir diri dicatat di dalam buku yang disediakan.

Buku-buku rujukan terhad (Redspot) yang bertanda merah dan kuning tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran GPM sahaja untuk tempoh yang singkat (2 hari). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.

No comments:

Post a Comment