Bantuan Per Kapita
Bukan Mata Pelajaran
Pusat Sumber Sekolah
Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber Pendidikan seperti berikut:
i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
v. Penentuan pembelian segala harta modal hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sahaja.
viii. Laporan dan salinan resit bagi setiap harta modal yang dibeli hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta salinkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pemantauan dan rekod.
x. Pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (Pengarah JPN) dan dikemukakan melalui PPD.
Program Pendidikan Khas/Integrasi
ix. Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi.
KADAR PEMBERIAN PER KAPITA BAGI SEKOLAH RENDAH
BANTUAN PER KAPITA | ≤ 20 MURID | 21 - 50 MURID | 51 - 100 MURID | 101 - 150 MURID | 151 - 500 MURID | 501 - 1000 MURID | 1001 MURID DAN KE ATAS |
Pusat Sumber Sekolah | RM1,500 | RM2,000 | RM2,000 + RM10 seorang melebihi 50 orang. | RM2,500 + RM10 seorang melebihi 100 orang. | RM3,000 + RM12 seorang melebihi 150 orang. | RM7,200 + RM13 seorang melebihi 500 orang. | RM13,700 + RM12 seorang melebihi 1000 |
Buku baru untuk Pusat Sumber SK Bangsar bagi tahun 2012 yang baru tiba.
Sumber :SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN
PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN PER
KAPITA MURID
BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2 0 1 0
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/images/Pekeliling/spk%20bil.%208_2010.pdf
No comments:
Post a Comment