Friday, March 2, 2012

Penggunaan Kamus Ekabahasa

Kamus (dari bahasa Arab: قاموس, qamus) ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal(etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh pengunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus. 1 Mac 2012- Penggunaan Kamus Ekabahasa oleh murid-murid Tahun 4 Dinamik semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia oleh Cikgu Nurul Hayati. Murid mencari makna perkataan yang diberi dengan menggunakan Kamus Pelajar yang terdapat di Pusat Sumber SK Bangsar.Murid-murid menulis makna perkataan di dalam buku tatabahasaKamus Ekabahasa - Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa.Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini mempunyai perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus

No comments:

Post a Comment