Saturday, November 10, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI TAHUN 6 DAN PRA SEKOLAH TAHUN 2012

Hadirin diminta berdiri
- Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha, Pn  Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar,
Encik Mazlan Bin Abd Maulud – YDP PIBG
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum
masuk ke dewan.
-Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysua
-Yang berusaha  Pn  Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar,
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
 para ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 dan pra sekolah Kebangsaan Bangsar yang diraikan.
- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis  Graduasi  Tahun 6 dan pra sekolah pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

-Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan Pra sekolah yang telah  berjaya menamatkan sesi pembelajaran di SK Bangsar bagi tahun 2012.
Bacaan doa,
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz  Abdul Halim Bin Tasliman atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Guru Besar dan perasmian

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Che Norizam Binti Abdullah di atas kesudian merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6  dan pra sekolah 2012.

Penyampaian anugerah
Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
-Hadirin sekalian
- Majlis mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum mengiringi Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar naik ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
- Terima kasih diucapkan kepada Pn Che Norizam Binti Abdullah  di atas kesudian menyempurnakan majlis.
-Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Diharapkan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada para murid-murid untuk terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
Akhir acara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

-Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Hari Graduasi  Tahun 6 dan Pra Sekolah.
Pengkalan raja desa mahkota,
Tanjung piai tempat seloka;
Ampun dipohon maaf dipinta,
Berjumpa lagi di lain ketika.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

2 comments:

  1. jemput blogwalking ye.. https://doubledeeya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Tkasih kerana berkongsi teks ini.Mohon saya gunakan untuk majlis di sekolah saya ye.

    ReplyDelete