Friday, February 3, 2012

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan).

2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.

3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ke tempat

asal.

4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.

5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan

sebagainya.

6. Membantu memproses buku dalam sistem automasi untuk buku baru.

7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal.

8.Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.

9.Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian.

10.Membantu mempromosikan PSS.

11.Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.

12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.

13.Membantu membaik pulih bahan-bahan rosak.

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)
1. Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.
2. Pelajar mesti menulis butir-butir diri di dalam fail pendaftaran.
3. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.
4. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter sirkulasi.
5. Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar pusat sumber.
6. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.
7. Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.
8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber.
9. Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.
10. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
11. Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.
12. Pintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.
13. Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.
14. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.
15. Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.

Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.

Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.

Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.

Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.

Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.


BILIK MEDIA

TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN

1. Persatuan / Kelab / Unit Beruniform / Guru / Kakitangan sekolah / Pihak-pihak lain boleh membuat tempahan dengan mengisi Buku Rekod Tempahan Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media.

2. Bilik-bilik ini boleh juga ditempah untuk pameran, ceramah, bengkel, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan ramai peserta.

3. Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik-bilik ini. Pastikan pelajar beratur dan berkeadaan senyap sewaktu berjalan ke bilik-bilik ini dan kembali semula ke kelas.

4. Tempahan boleh dibuat oleh guru hanya seminggu sebelum tarikh penggunaan.

TEMPAHAN ALATAN

1. Semak dan maklumkan tentang alatan yang ingin digunakan 2 hari sebelum hari penggunaan.

2. Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada Penyelaras Bilik Tayangan / Bilik Multi Media.

PENGGUNAAN ALATAN

1. Sila rekodkan jenis alatan yang digunakan dalam bahagian Catatan dalam Buku Rekod Penggunaan.

2. Sebarang alatan di bilik-bilik ini TIDAK BOLEH dibawa keluar.

3. Tidak dibenarkan mengubah sebarang alatan dari kedudukan asalnya.

4. Segala alatan diselenggarakan sendiri oleh pengguna. Pengguna hendaklah mematuhi cara penggunaan alatan.

5. Dapatkan bantuan Penyelaras Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media jika terdapat masalah dalam mengendalikan alatan.

DISIPLIN SEMASA BERADA DI BILIK AUDIO VISUAL
DAN BILIK MULTI MEDIA

1. Para pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di bilik-bilik ini.

2. Hanya buku dan alat tulis sahaja boleh dibawa masuk. Beg dan barang-barang lain mestilah diletakkan di luar bilik.

3. Pengguna diminta menyusun semula kerusi dan meja seperti susunan asal selepas menggunakannya.

4. Padamkan papan putih yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebelum keluar dari bilik.

5. Tutup semua suis sama ada kipas, lampu, alat pendingin hawa, alatan elektrik dan alatan lain sebelum keluar.

6. ‘Rewind’ semula setiap pita yang telah digunakan.

7. Pastikan bilik-bilik ini sentiasa berkeadaan bersih dan teratur semasa meninggalkannya.

8. Guru mata pelajaran bertanggungjawab memantau perlakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

9. Guru hendaklah memastikan pelajar keluar dari bilik-bilik ini dengan selamat dan tidak mengambil sebarang alatan keluar.

10. Pelajar dilarang masuk sebelum ketibaan guru dan dilarang menyentuh sebarang alatan di dalam bilik-bilik ini kecuali dengan arahan guru.

PERATURAN PEMINJAMAN BUKU

Setiap peminjaman buku mesti menggunakan kad kod bar kecuali pelajar tingkatan 1 untuk tempoh (Jan – Feb). Anda tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar lain.

Hanya dua buku sahaja boleh dipinjam oleh setiap pelajar pada satu-satu masa.

Waktu urusan peminjaman hanyalah ketika waktu rehat pertama dan kedua serta ketika pengawas perpustakaan bertugas sahaja.

Tempoh peminjaman ialah selama satu minggu. Buku-buku ulangkaji PMR, SPM dan STPM yang dipinjam tidak boleh diperbaharui (renew).

Selepas urusan peminjaman selesai, peminjam dinasihatkan menyemak semula tarikh peminjaman bagi mengelakkan kesilapan .

Pastikan kad anda dipulangkan selepas anda mengembalikan buku di kaunter pemulangan.

Bahan-bahan selain buku boleh dipinjam setelah mendapat kebenaran guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.

Buku-buku dari almari berkunci di meja pameran dan di kaunter HANYA BOLEH dibaca di dalam pusat sumber setelah butir-butir diri dicatat di dalam buku yang disediakan.

Buku-buku rujukan terhad (Redspot) yang bertanda merah dan kuning tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran GPM sahaja untuk tempoh yang singkat (2 hari). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.

PENGAWAS PSS SESI 2012

PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR SESI 2012

TAHUN 3

1 NUR ADIBAH BT MOHD AZHAR 3 DINAMIK

2 SITI NUR SYAKILA BT MOHD SHAMSUL 3 INISIATIF

3 SITI NUR AISYAH B. MOHD NOORIZMAN 3 EFEKTIF

4 NURUL ERNIE SHAMIMI 3 INISIATIF

5 AMIRAH ATIQAH BT MOHD FAUZI 3 FOKUS

6 NUR MIRZA MAISARAH BT MOHD FARED 3 INOVATIF

7 ADLINA BATRISYIA BT ABDUL HADI 3 FOKUS

8 MUHAMMAD FARIS ZAKWAN 3 EFEKTIF

9 MUHAMMAD SYAZWAN B. MOHD SOFIAN 3 DINAMIK

10 NUR ALIA ALESSA T MOHD HAIROL AZHAR 3 DINAMIK

11 NUR KHAHIRAH BINT ROSLAN 3 EFEKTIF

12 NUR IFFAH SYAHIRAH 3 FOKUS

13 MUHAMMAD IRFAN B. NORAZIZAN 3 DINAMIK

14 NORAINA SYAFIQAH BT MANSUR ADBI 3 INISIATIF

15 MUHAMMAD SAIFUL IKMAL B. AZIZI 3 FOKUS

16 NASLIHA BT SAMAD 3 EFEKTIF

17 ASYRAF SYAHMIL B. AZRAN 3 EFEKTIF

18 MUHD SYAFIQ 3 DINAMIK

19 MUHD DZULHAEQAL 3 INISIATIF

20 MUHAMMAD ISKANDAR B. AHMAD SOFIAN 3 EFEKTIF

PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR SESI 2012

TAHUN 4

1. AHMAD NUR ISFARHAN B. MOHAMED JAFERI 4 EFEKTIF

2. MUHD NURFIRHAN B. JAMAL 4 KREATIF

3. NUR FATHIAH BT ABDUL RAHIM 4 EFEKTIF

4. ADRIANA FARISYAH IMAN BT MOHD FAIRUZ 4 DINAMIK

5. ADAM IBRAHIM B. MOHD YUSOF 4 DINAMIK

6. MUHD HAIKAL BIN ZAINUDDIN 4 DINAMIK

7. MUHD DANIEL HAZIQ B. MUHD YAHYA 4 INOVATIF

8. AIN NUR FITRAH BT BADRUL HISHAM 4 EFEKTIF

9. NUR SITI BATRISYA BT NOR AZMAN 4 EFEKTIF

10. SITI AISYAH BT ADNAN 4 DINAMIK

11. NURUL SYAFIQAH BT HAIROL ANUAR 4 INISIATIF

12. WAN NUR AINA BT WAN MUZAMIL 4 DINAMIK

13. NURUL HAFIDZAH BT ABDUL RAZAK 4 INISIATIF

PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR SESI 2012

TAHUN 5

1. NABILAH AINA BT JAMALLUDDIN 5 FOKUS

2. NURFATINI SYAMIMI BT IBNOR HAJAR 5 DINAMIK

3. NURUL SYAFIKA BT MAT ZAKIR 5 OPTIMAL

4. NURUL SYARINA BT BAHARUDDIN 5 DINAMIK

5. NUR AZIEMAH BT MOHD SOFI 5 RESPONSIF

6. NURUL HANI HAZWANIE BT NORADHZMI 5 INISIATIF

7. NUR KAMALIA BT BADLI SHAH 5 DINAMIK

8. NUR ALYA BT NORDIN 5 INISIATIF

9 NUR NADHIRAH BT ZAINAL ABIDIN 5 INOVATIF

10. NUR YUSYILAAIDA BT CHE YUSOFF 5 INOVATIF

11 ISKANDAR AL-BAKRI B. SHAHRUN NIZAR 5 INISIATIF

12 AHMAD HAIKAL B. AHMAD KHAIRUL 5 KREATIF

13 MUHAMMAD AMIR BIN HARITH 5 KREATIF

14 MUHAMMAD SYAHMI FAUZAN B. SHAIFUL 5 FOKUS

15 MUHAMMAD AFIQ ASYRAF B. MUHD AMIRUL 5 EFEKTIF

PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR SESI 2012

TAHUN 5

1. NUR SYAMIMI AFIQAH BT ISMADI 6 DINAMIK

2. RUSYDINA ADILAH BT RAHSID 6 DINAMIK

3. MUHAMMAD YUSUF B. AZMI 6 DINAMIK

4. ABDUL MALIK B MOHD AWAL 6 DINAMIK

5. AIN NASUHA BT AZLAN 6 DINAMIK

6. HAWA NABILAH BT JASMEY 6 DINAMIK

7. NUR NAFISAH BT IBRAHIM 6 INOVATIF

8. NUR SUHANA BT MOHSIN 6 FOKUS

9. INTAN NURFATEHAH BT MOHD JAMAL 6 INISIATIF

10. NUR AZLIAH BT DAHLAN 6 INISIATIF

11. AFREESYHA BT ABDUL MALEK 6 INOVATIF

12. SITI SARAH BT HAZLIN 6 FOKUS

13 WAN NUR SHAMIRA AQILAH BT MOHD ASRI 6 EFEKTIF

14 WAN NUR IWANI NADHIRAH BT WAN ZULKIFLI 6 EFEKTIF

15 NUR AIN FARHANA BT ABDUL RAHIM 6 EFEKTIF

16 INTAN NURFAATIHAH BT RAMLI 6 EFEKTIF

17 HIDAYAH IZZATI BT MOHD HAMIDI 6 DINAMIK

18 ANIS FAQIHAH BT ABD AZIZ 6 EFEKTIF

19 ASNIATI BT USMAN 6 KREATIF

20 SYARA SYAHIRA BT ZAHARI 6 OPTIMAL

21 SITI AMINAH BT MANSOR 6 DINAMIK

22 MUHD ZOHAR BIN TAHA 6 EFEKTIF

Thursday, February 2, 2012

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Februari 2011 merupakan Hari Wilayah yang ke 38.