Friday, March 16, 2012

KUIZ DAN PENGUNJUNG BERTUAH- PAMERAN BERTEMA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

2- 29 FEBRUARI 2012
PAMERAN BERTEMA “WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN”

KUIZ
TAHUN 4
  1. NUR AISYAH BT MOHD ZAKI – 4 EFEKTIF
  2. NUR FATHIAH BT ABD RAHIM – 4 EFEKTIF
TAHUN 5
  1. SITI MAISARAH BT ABDUL RAHMAN – 5 EFEKTIF
  2. NUR ADRIANA QISTINA BT MOHD HUZAIKIRAN – 5 EFEKTIF
  3. MOHD MUIZ – 5 DINAMIK
TAHUN 6
  1. RUSYDINA ADILAH BT RAHSID – 6 DINAMIK
  2. HIDAYAH IZZATI – 6 DINAMIK
  3. WAN NUR IWANI NADHIRAH BT WAN ZULKIFLI – 6 EFEKTIF
PENGUNJUNG BERTUAH

TAHAP 1
  1. MUHAMMAD HASIF – 2 INISIATIF
  2. WAN MUHD AFIQ B. WAN MUZAMIL – 3 KREATIF
  3. MUHAMMAD SYAHADAN B. MOHD SULIMAN – 3 INISIATIF
TAHAP 2
  1. NOR MHD FARHAN B. NOR AFFENDI – 4 OPTIMAL
  2. MUHAMAD HAIRUL EFFENDI – 4 PROGRESIF
  3. MUHD JOHARI – 4 PROGRESIF
  4. MUHAMMAD AMIR B. HARITH – 5 KREATIF
  5. AHMAD HAIKAL – 5 KREATIF
  6. NORALIA NATASHA BT BADRUL HISHAM – 5 PROAKTIF 
  7. NURFARHANA BT ABDUL RAHIM – 5 PROAKTIF

BUKU BARU 2012

Bantuan Per Kapita
Bukan Mata Pelajaran
Pusat Sumber Sekolah
Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber Pendidikan seperti berikut:
i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
v. Penentuan pembelian segala harta modal hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sahaja.
viii. Laporan dan salinan resit bagi setiap harta modal yang dibeli hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta salinkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pemantauan dan rekod.
x. Pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (Pengarah JPN) dan dikemukakan melalui PPD.
Program Pendidikan Khas/Integrasi
ix. Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi.
KADAR PEMBERIAN PER KAPITA BAGI SEKOLAH RENDAH
BANTUAN PER KAPITA
≤ 20 MURID
21 - 50 MURID
51 - 100 MURID
101 - 150 MURID
151 - 500 MURID
501 - 1000 MURID
1001 MURID DAN KE ATAS
Pusat Sumber Sekolah
RM1,500
RM2,000
RM2,000 + RM10 seorang melebihi 50 orang.
RM2,500 + RM10 seorang melebihi 100 orang.
RM3,000 + RM12 seorang melebihi 150 orang.
RM7,200 + RM13 seorang melebihi 500 orang.
RM13,700 + RM12 seorang melebihi 1000

Buku baru untuk Pusat Sumber SK Bangsar bagi tahun 2012 yang baru tiba.
Sumber :
SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN
PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN PER
KAPITA MURID
BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2 0 1 0
 http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/images/Pekeliling/spk%20bil.%208_2010.pdf

HADIAH NILAM 2012

 Program NILAM (Nadi Ilamu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar. 
Hadiah Rakan Pembaca- murid yang telah membaca 100 buah buku.
 
Oleh itu, pihak  Pusat Sumber SK Bangsar menyediakan hadiah untuk murid-murid yang paling banyak membaca setiap bulan bagi setiap aliran.
Barisan hadiah Program NILAM bagi kategori Rakan Pembaca, Gangsa, Perak, Emas dan NILAM

PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

NAMA PEMENANG
PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
2- 29 FEBRUARI 2012
PAMERAN BERTEMA “WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN”
HASIL KERJA MURID

TAHUN 1
  1. NUR HUSNA BT MOHD ZAINI – 1 EFEKTIF
  2. MUHD EZAD B. YUSREFF – 1 EFEKTIF
  3. SHAHIRA BT AZIZAN – 1 INOVATIF
TAHUN 2
  1. NURSYAZWIENA ANISA BT SHARIZAL – 2 INOVATIF
TAHUN 3
  1. MUHAMMAD HAIQAL NAJMI BT MOHD SHARIZAL – 3 FOKUS
  2. AZUIN NORDHIYA BT AZMI – 3 DINAMIK
  3. M. AIZAT BIN MOHD BAKRI – 3 EFEKTIF
TAHUN 4
  1. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM – 4 EFEKTIF
  2. NUR AIN SYAHIRAH – 4 FOKUS
  3. WAFA ARIFAH BT AWIRA – 4 EFEKTIF
TAHUN 5
  1. NURFATINI SYAMINI – 5 DINAMIK
  2. HARMA WENI – 5 DINAMIK
  3. NOR SHAHIRA AMIRA – 5 EFEKTIF
TAHUN 6
  1. AHMAD IMAN AMMER BIN AZMAN – 6 DINAMIK
  2. SITI NUR AFIQAH BT CHE SALIM – 6 EFEKTIF
  3. MUHAMMAD YUSOF BIN AZMI – 6 DINAMIK

Monday, March 12, 2012

SELAMAT BERCUTI

Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada warga SK Bangsar.
 Aktiviti mencanting batik untuk murid-murid Tahun 5 oleh Encik Ismail Bin Ahmad- GPK Kokurikulum

 Buat murid Tahun 6 selamat menghadiri kelas tambahan Tahun 6 UPSR. Gunakan masa dengan manfaat.
 Murid-murid Tahun 6 menggunakan kamus untuk menjawab soalan UPSR Bahasa Malaysia.

Sunday, March 11, 2012

EDUWEBTV

 EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui Internet yang diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. EduwebTV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet. Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan.
Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.
EduwebTV boleh diakses melalui Internet dengan menggunakan alamat http://eduwebtv.com/
Anda hanya memerlukan talian Internet, komputer dengan sekurang-kurangnya Pentium 3, 8MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan ke atas), dan Windows XP Operating System (dan ke atas).
EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.
Sila hubungi Meja Bantuan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di talian 1-800-88-4774 atau 03-77237070 yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).
Sumber:
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/207-eduwebtv.html

RAKAN NILAM

  Rakan Nilam merupakan satu konsep pembentukan Komuniti Pembaca secara maya. Rakan Nilam menggunakan gabungan teknologi terkini untuk membolehkan maklumat pembacaan dikongsi secara meluas melalui laman web, SMS, MMS dan juga email.
  Melalui konsep Rakan Nilam, maklumat pembacaan tidak lagi disimpan disesebuah sekolah sahaja, maklumat pembacaan kini telah boleh dikongsi bersama dengan Sekolah-sekolah di seluruh negara. Dengan wujudnya Kelab Rakan Nilam secara online ini, tahap pembacaan telah boleh diukur dan boleh menjadi perbandingan diatara rakan nilam dan sekolah yang lain.
  Sinopsis rakan nilam juga boleh diakses dan dikongsi oleh rakan nilam yang lain. Rakan Nilam yang membaca buku yang sama boleh bertukar-tukar fikiran dan memulakan pembincangan diantara satu sama lain melalui forum rakan nilam yang diwujudkan.
  Untuk menjadi Rakan Nilam, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web http://rakannilam.dapat.net. Nama pengenalan yang unik akan diberikan dan ianya boleh digunakan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan nilam yang lain.
Sumber:
http://rakannilam.dapat.com/