Wednesday, February 6, 2013

KERTAS CADANGAN PAMERAN BERTEMA TAHUN BARU CINA 2013

PAMERAN BERTEMA
TAHUN BARU CINA

1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Malaysia memiliki pelbagai kebudayaan yang unik dan penuh warna-warni menerusi gabungan keindahan kesenian kebudayaan yang diwarisi daipada pelbagai kaum. Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Pameran Bertema Tahun Baru Cina  memaparkan sejarah perayaan Tahun Baru Cina.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti sudut pameran benda maujud, maklumat Tahun Baru Cina ,  soalan kuiz, pertandingan mewarna  dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai Tahun Baru Cina.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada
pengalaman pameran yang dijalankan,
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
1.4.2     mengenali jenis-jenis makanan tradisional  kaum Cina dan pantang larang perayaan Tahun Baru Cina  di Malaysia.
1.4.3     belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.4.4     memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                             :  PN Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Cik Suzana Binti Abdullah
Sudut Pameran                    : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin                    
                                                  Pengawas Pusat Sumber
3.0         AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Gambar perayaan Tahun Baru Cina.
            3.2       Maklumat mengenai  perayaan Tahun Baru Cina.
            3.3       Soalan kuiz terkumpul
            3.4       Pengunjung bertuah
            3.5       Pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina.
            3.6       Pameran buku berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.
4.0         TEMPAT PAMERAN
4.1         Pusat Sumber Sekolah
5.0         PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan maklumat dari internet dan  artikel perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia daripada internet.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           4- 22 Februari 2013
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.00
iv.           Pertandingan Mewarna Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna Tahap 2 - 10 orang murid

Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vi.           Pertandingan Mewarna Tahap 2 - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   230.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Hadiah
RM 230.00
2.
Gambar
RM 30.00
3.
Dokumentasi
RM 30.00
4.
Deco Sudut Pameran
RM50.25

Jumlah
RM 340.25

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0 PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu.

Disediakan oleh :
.........................................................
(CIK NORHAZALINA BT HASHIM)

No comments:

Post a Comment