Monday, June 3, 2013

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAN SELANGOR

LAPORAN PENUH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE 
PERBADANAN AWAM PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
1.0 TAJUK PROGRAM
Lawatan sambil belajar ke Perbadanan Awam Perpustakaan Awam Selangor
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 18 April 2013 (Khamis)
3.0 TEMPAT
Perbadanan Awam Perpustakaan Awam Selangor
4.0 OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains perpustakaan.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.0      AJK PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                              : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar                                                                               
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhamad
Disiplin                                  : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin      
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                         : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin

3.
8.15  pagi
Bertolak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

4.
9.00 pagi
Tiba di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor oleh wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
-Auditorium PPAS
Selangor
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat Bahagian
-       Rujukan
-       Laman Ilmu
-      Dewasa
Literasi Maklumat
7.
10.00 pagi
Melawat
-Teater Mini 3D dan 6D
Literasi Maklumat
8.
11.00 pagi
-Perpustakaan Kanak-kanak
- Zon Kreatif
Literasi Maklumat
9.
12.00 tengah hari
Makan tengah hari

10.
12.30 tengah hari
Sesi Fotografi

11.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar

12.
2.00 petang
Tiba di  SK Bangsar

 7.0      KUMPULAN SASARAN
40 orang murid Tahun ,5 dan 6
8.0       IMPAK 
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
8.2 Murid dapat mengetahui lokasi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti
             lawatan.
8.4 Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Perbadanan Perpustakaan
Awam Selangor.
8.5 Murid mengetahui kemahiran sains perpustakaan.
9.0        LAPORAN
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 18 April 2013 (Khamis).Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada Tahun 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring yang terdiri daripada Cik Norhazalina Binti Hashim, Pn Zalina Bt Muhammad, Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin  dan Encik Zulkifli Bin Saad  . Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari SK Bangsar untuk dibahagikan kepada 4 kumpulan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cik Norhazalina Binti Hashim selaku ketua rombongan lawatan mengenai disiplin dan kerja kumpulan yang diberikan.
Para peserta lawatan menikmati sarapan pagi mihun goreng, sandwich dan kuih-muih. Tepat pada pukul 8.15 pagi bertolak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Shah Alam. Kami tiba di  pada pukul 9.00 pagi, yang telah disambut oleh wakil PPAS Encik Ismail. Beliau menerangkan sejarah penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan kemudahan untuk para pengunjung di Auditorium . Kami telah dihiburkan tayangan video koporat PPAS.
Peserta lawatan dibawa ke bahagian  Selangor Info Hub di aras 4 untuk melihat bahan-bahan yang berkaitan sejarah negeri Selangor. Bahagian ini hanya dibenarkan masuk dan melihat maklumat diraja Sultan Selangor kepada pengunjung lawatan dan penyelidik. Murid begitu teruja melihat buku dan barangan diraja Sultan Selangor.
Seterusnya murid-murid dibawa melihat bahagian Laman Ilmu di aras 4 dan ruangan bacaan yang serba canggih da moden. Kami berpeluang menyaksikan tayangan 3D dan 6D bertempat di aras bawah. Bayaran masuk RM10 tetapi kami diberi diskaun hanya membayar RM7.00 sahaja. Ketinggian 140cm sahaja yang boleh masuk ke Teater 6D. Hanya 6 orang sahaja untuk satu tayangan yang mengambil masa dalam 5 minit. Murid-murid yang tidak berpeluang menyertai tayangan 6D diberi peluang menonton tayangan 3D secara percuma.
Aktiviti seterusnya para peserta lawatan dibawa melawat Zon Kreatif bahagian bacaan kanak-kanak. Pelbagai kemudahan disediakan selain bahan bacaan dan suasana yg ceria. Murid-murid diberi peluang menggunakan kemudahan ICT dan permainan yang disediakan. Murid dan guru mencuba menjadi pembaca berita.
Pihak Pusat Sumber SK Bangsar berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih di atas layanan yang berilmu dan mesra. Oleh itu, pihak PSS SK Bangsar telah sudi menyampaikan plak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Sebelum balik ke SK Bangsar, kami menikmati makan tengah hari di kafe PPAS. Sebagai kenangan kami bergambar di depan PPAS. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar. Kami sampai di SK Bangsar pada pukul 2.00 petang.
Majlis Penyampaian Hadiah Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar pada 29 April 2013 di Dataran Perhimpunan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Setiap kumpulan diminta menjawab 10 soalan dan menyediakan laporan lawatan ke PPAS pada 18 April 2013. 
10.0      PENUTUP
Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu  kemahiran literasi maklumat dan ilmu sains perpustakaan. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
11.0    LAMPIRAN
11.1   Nama-nama murid-murid dan guru
11.2   Nama pemenang
11.3    Gambar

4 comments:

  1. What's up to every , since I am genuinely keen of reading this weblog's post to
    be updated regularly. It contains nice stuff.

    My web-site: laser cellulite treatment

    ReplyDelete
  2. What's up colleagues, pleasant piece of writing and pleasant urging commented at this place, I am actually enjoying by these.

    my web page :: “eat your fruits and vegetables”. now

    ReplyDelete
  3. Hi, I do believe this is a great website. I
    stumbledupon it ;) I may return once again since i have bookmarked it.
    Money and freedom is the best way to change, may
    you be rich and continue to guide others.

    my website; Snoring mask

    ReplyDelete
  4. I have been browsing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours.
    It's pretty worth enough for me. Personally, if all web owners and bloggers made good content as you did, the internet will be much more useful than ever before.

    My homepage Continued

    ReplyDelete