Monday, July 29, 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE

29 JULAI 2013
Buku Program


1.         Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
2.         Konsep
Membangun sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang
3.         Rasional
3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
       pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
      remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
      perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis
      dan menyeronokkan.
ATUR CARA PROGRAM SESI PAGI
8.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
8.40 pagi :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
8.50 pagi :  Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri b. Che Bedolah
9.00 pagi  :  Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
        GPK HEM SK Bangsar
9.20 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah
        Guru Besar SK Bangsar
9.40 pagi  :  Persembahan Murid Pra Sekolah
10.00 pagi :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor
10.40 pagi :  Majlis Bersurai
ATUR CARA PROGRAM SESI PETANG
1.10 ptg :  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
1.20 ptg :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
1.30 ptg :  Bacaan doa oleh Ustaz Ab Rahim Mat Junoh
1.40 ptg :  Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
                 GPK HEM SK Bangsar
2.00 ptg :  Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah
     Guru Besar SK Bangsar
2.20 ptg :  Persembahan Murid
2.30 ptg  :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor
3.00 ptg  :  Majlis Bersurai
Ucapan GPK HEM- Pn Nor Shafina Bt Yasak
Ucapan Perasmian oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar SK Bangsar
Persembahan murid-murid Prasekolah




4.0 Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1          Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
4.2          Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3          Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
5.0 Pelaksanaan
5.1          Program dilaksanakan kepada semua murid SK Bangsar
5.2          Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti :
a)      Waktu perhimpunan rasmi
b)      Waktu kokurikulum
c)      Selepas waktu persekolahan
5.3          Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.4          Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b)      Peningkatan Disiplin Murid
c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d)      Perkembangan Kerjaya
6.0 Strategi Pelaksanaan
6.1          Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.
6.2          Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
6.3          Perjumpaan diadakan di dalam kelas.
6.4          Pelantikan Mentor
a)      Semua guru dilantik menjadi mentor
b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)
c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee
6.5          Pengagihan Mentee
a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas
b)      Setiap kelas mempunyai seorang mentor
6.6          Tugas Mentor
a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan
c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee
d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian
e)      Merekod kehadiran mentee
f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee

No comments:

Post a Comment