Friday, August 9, 2013

KAD AHLI PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Pusat Sumber SK Bangsar telah menggunakan sistem automasi S-Lib sejak Mac 2009. Aktiviti peminjaman dan pemulangan buku menggunakan kad pintar S-Lib. Semua murid diwajibkan memiliki kad PSS untuk memudahkan peminjaman buku bagi menggalakkan murid-murid membaca untuk Program NILAM.

Sistem Automasi S-Lib
Kemas kini ahli
Proses memasukkan data pelajar ke dalam sistem automasi. Murid-murid akan diambilkan gambar ukuran pasport di Bilik Media oleh Cikgu Mohd Nazir. Gambar tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem ahli. Maklumat nama murid, nombor surat beranak dan kelas terkini.
Kad PSS yang telah dicetak dan digunting
 Kad PSS dimasukkan ke dalam plastik liminate
Encik Mohd Nazir - Guru Media meliminate kad PSS SKB
 Kad PSSSKB diliminate
Kad PSSSKB yang telah siap untuk digunakan. Para pelajar boleh meminjam 2 buah buku selama seminggu manakala Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS dibenarkan meminjam 3 buah buku selama 2 minggu.



No comments:

Post a Comment