Friday, October 4, 2013

HARI KELUARGA

SK Bangsar telah mengadakan Hari Keluarga pada 21-22 September di Bayu Beach Resort Port Dickson.

Hari Keluarga ini diadakan bagi mengumpulkan dan mengeratkan silaturahim serta hubungan kekeluargaan antara semua ahli-ahli bersama-sama keluarga masing-masing. 
Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.


Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu cara untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SK Bangsar. Antara pengisian ini meliputi aspek kerohanian dan sukan.
Sukaneka lari dalam guni




No comments:

Post a Comment