Monday, January 27, 2014

PELANCARAN MENTOR MENTEE 2014

Majlis Pelancaran Mentor Mentee telah dilaksanakan pada 27 Januari 2014.
Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Ucapan Penyelaras Program - Pn Norshafina Binti Yasak
Konsep
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang
Rasional
1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan  remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
Ucapan Perasmian oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Mentor
Aturcara Program
8.00 pagi : 
                         Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
8.15 pagi : 
Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
8.30 pagi : 
              Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri b. Che Bedolah
8.45 pagi  : 
                Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
9.00 pagi  : 
         Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah
9.15 pagi  : 
Gimik Pelancaran / Persembahan Murid
9.30 pagi : 
Majlis Watikah Pelantikan Mentor
10.00 pagi : 
Majlis Bersurai

No comments:

Post a Comment