Sunday, August 17, 2014

KERTAS CADANGAN PAMERAN BERTEMA BULAN PATRIOTISME DAN MOKHTAR DAHARI



 PAMERAN BERTEMA BULAN PATRIOTISME DAN MOKHTAR DAHARI

1.0         PENDAHULUAN

1.1         Pengenalan
Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui tokoh-tokoh negara yang telah mengharumkan nama Malaysia. Selain itu, murid-murid mengetahui tokoh sukan bola sepak negara iaitu Mokhtar Dahari.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, sudut pameran galeri sejarah , pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2014 , Malaysia …Disini Lahirnya Sebuah Cinta,  Kami Anak Malaysia dan melukis poster “Malaysia…Di sini Bermula Lahirnya Sebuah Cinta”  . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Bangsar.

1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.

1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
1.3.2   memupuk semangat patriotism dan cinta akan Negara Malaysia.
1.3.3     memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan.
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1   Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk  mengekalkan kemerdekaan ini.
1.4.2   Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
1.4.3   Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
1.4.4   Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
1.4.5   Murid dapat mengetahui sejarah tokoh sukan negara iaitu Mokhtar Dahari.

1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Pn Siti Maziah Binti Malik – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Norsilah Binti Dali – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Cik Rafeah Binti Badaruddin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             : Pn Juraidah Nadiah Binti Rahmat
AJK     Hadiah                       : Pn Zalina Binti Mohamad
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan : :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                   Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad

3.0       AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Sudut pameran  gambar tokoh-tokoh negara dan maklumat logo
dan tema Hari Kebangsaan
            3.2       Soalan kuiz terkumpul
            3.3       Pengunjung bertuah
            3.4       Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
            3.5       Pertandingan mewarna “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”
dan “Kami Anak Malaysia” 
            3.6       Galeri Sejarah
            3.7       Melukis Poster “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”

4.0       TEMPAT PAMERAN
            4.1       Pusat Sumber Sekolah

5.0       PERALATAN
Papan kenyataan, kertas warna, kad manila, liminate, paku tekan, majalah  surat khabar dan bahan-bahan maujud sejarah.



6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           18 Ogos -26 September 2014

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                        10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                        10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pertandingan mewarna       Logo Hari Kebangsaan Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iv.           Pertandingan mewarna       Logo Hari Kebangsaan Tahap 2

Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta” Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vi.           Pertandingan Mewarna   Pertandingan mewarna “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”  Tahap 2
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vii.          Pertandingan Mewarna   “Kami Anak Malaysia”  Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
viii.        Pertandingan Mewarna     “Kami Anak Malaysia”  Tahap 2
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ix.           Pertandingan melukis poster “Malaysia…Di sini Bermula Sebuah Cinta”
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
x.            Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =         RM 50.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM 374.00


8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan.

9.0 PENUTUP
            Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan  Malaysia.

No comments:

Post a Comment