Wednesday, April 29, 2015

LAPORAN PAMERAN BERTEMA HARI WILAYAH - LABUAN


1.0 Program  : Pameran Bertema Hari Wilayah - Labuan
2.0 Matlamat  :
Menarik  minat membaca di kalangan murid. Di samping itu, memupuk  minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada pengalaman pameran yang dijalankan,
3.0  Objektif :
3.1       Mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan
3.2       Mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
3.3       Mengetahui lokasi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
4.0 Kumpulan Sasaran : Warga SK Bangsar
5.0 Urusetia :
Penasihat                        : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi           : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras          : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha         : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari           : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera         :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                       : Cik Razliana Binti Zulkafli
                                Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                Pn Anita Juliana Binti Muhammad
                                Encik Taufik Bin Ibrahim
                                Pengawas Pusat Sumber
6.0 Jangka Masa :
Sesi Pagi – 7.00 -7.30 pagi , rehat
Sesi Petang – 12.30 – 1.00 petang, rehat
7.0 Tarikh : 30 Januari – 13 Februari 2015
8.0 Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
9.0 Tentatif :
1.         Sudut pameran bertema Hari Wilayah Labuan
2.         Kuiz untuk menguji minda murid
3.         Petandingan menamakan lokasi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Murid mewarna peta kosong.
4.         Pengunjung bertuah ke Pameran Bertema Hari Wilayah Labuan.
10.0 Kekuatan :
1. Pengawas PSS dan guru AJK PSS dapat menyediakan sudut pameran bermaklumat    
    mengenai Wilayah Persekutuan.
2. Pameran buku berkaitan Wilayah Persekutuan.
3. Memudahkan warga SK Bangsar untuk mencari maklumat di PSS.
4. Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan.
5. Memberi pendedahan kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz.
11.0 Kelemahan dan Penambahbaikan :
1. Murid masih belum menguasai lokasi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
2. Program ini perlu dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
GPM SK BANGSAR

No comments:

Post a Comment