Sunday, August 16, 2015

KERTAS KERJA PAMERAN BERTEMA BULAN PATRIOTISME & TOKOH SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG



1.0         PENDAHULUAN
Program ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui tokoh-tokoh negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dan maksud logo Hari Kebangsaan 2015 #sehatisejiwa. Selain itu, murid-murid mengenali  Sasterawan Negara iaitu Usman Awang.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan murid . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, sudut pameran galeri sejarah , pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2015 #Sehatisejiwa , kuiz, pameran buku,  reka cipta kad #sehatisejiwa, Selfie #sehatisejiwa dan tayangan lagu patriotik. Pencarian maklumat oleh murid akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Bangsar.
2.0         MATLAMAT
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
2.1 Memupuk minat membaca di kalangan murid.
2.2 Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara Malaysia.
2.3 Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman pameran yang dijalankan.
3.0TARIKH / MASA / TEMPAT
17 Ogos – 16 September
Sesi Pagi – 7.00 – 7.30 pagi, waktu rehat
Sesi Petang – 12.30- 1.00 tengah hari ,  waktu rehat
Pusat Sumber SK Bangsar

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Warga SK Bangsar

5.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :    
Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk  mengekalkan kemerdekaan ini.
1.Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan #sehatisejiwa.
2. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
3. Murid dapat mengetahui sejarah tokoh sasterawan negara Usman Awang.

6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT)
  1. Memupuk minat membaca secara berterusan.
  2. Mengetahui sejarah kemerdekaan negara dan sasterawan negara Usman Awang.
  3. Menyediakan kemudahan aktiviti literasi maklumat melalui pertandingan kuiz, sudut pameran galeri sejarah , pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2015 #Sehatisejiwa , kuiz, pameran buku,  reka cipta kad #sehatisejiwa, Selfie #sehatisejiwa dan tayangan lagu patriotik.

7.0  IMPLIKASI KEWANGAN
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Kuiz
i.Tahap 1       9  orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                              = RM 55.00
i.Kuiz Tahap 2         9 orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                              = RM 55.00
RM 110.00
2.
Mewarna Logo Hari Kebangsaan
i.Tahap 1       9  orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                               = RM 55.00
ii. Tahap 2     9 orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                              = RM 55.00
RM 110.00
3.
Reka cipta kad #sehatisejiwa
Tahap 2         9 orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                              = RM 55.00
RM 55.00
4.
Selfie #sehatisejiwa
Tahap 2         9 orang murid
Tempat Pertama-
RM 10.00
Tempat Kedua         
RM 8.00
Tempat Ketiga         
RM 7.00
Saguhati                   
RM 5.00 x 6 orang murid = RM 30.00
Jumlah                              = RM 55.00

RM 55.00
5.
Pengunjung Bertuah
3 orang murid Tahap 1 x RM 5.00 = RM 15.00
3 orang murid Tahap 1 x RM 5.00= RM 15.00
RM 30.00

Jumlah
RM 360.00

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Noriah Bt Ismail  – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Malik - GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi        : Pn Nor Shafina Bt Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
  Pn Norsilah Bt Dali - GPK Kokurikulum
  Pn Tanma A/P Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               : Cik Razliana Binti Zulkapli
AJK                             : Encik Taufiq Bin Ibrahim
  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
  Pn Anita Juliana Binti Muhammad
  Encik Zulkafli Bin Saad
                                      Pengawas Pusat Sumber

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
9.1       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
  1. Pameran Buku Kemerdekaan dan Sasterawan Negara Usman Awang
  2. Pameran maklumat Kemerdekaan dan Sasterawan Negara Usman Awang
  3. Mewarna logo Hari Kebangsaan 2015 #sehatisejiwa
  4. Kuiz
  5. Reka cipta kad #sehatisejiwa
  6. Selfie #sehatisejiwa
  7. Tayangan lagu patriotik

10.00 KAEDAH PEMANTAUAN
Pemerhatian secara berterusan.

Disediakan oleh :                                                    

…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS       
Tarikh : 17 Ogos 2015                                

Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


*Diluluskan / Tidak Diluluskan



…………………………………..






Tarikh : 17 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment