Saturday, February 13, 2016

JAWATANKUASA INDUK PSS SK BANGSAR 2016

Pengerusi : Pn Noriah Binti Ismail - Guru Besar
Naib Pengerusi :
Pn Siti Maziah Bt Malik- GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Pn Norsilah Bt Dali - GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Ahli Jawatankuasa :
Perpustakaan :       Cik Norhazalina Binti Hashim (Sesi Pagi)
                                    Pn Rafeah Binti Badaruddin (Sesi Petang)
Bahan Bantu Mengajar :
Semua Ketua Panitia
1.    En Mohd Zulkarnain Bin Nordin– Bahasa Malaysia
2.    Pn G.Haymalatha A/P M.Govindasamy – Bahasa Inggeris
3.    Pn Nurul Haya Bt Samsudin – Matematik
4.    Pn Suzy Bt Mohamed – Sains
5.    En Najib Bin Jamri  – Pendidikan Agama Islam
6.    Cik Nik Khadijah Bt Nik Hassan – Bahasa Arab
7.    En Shairol Rizal B. Mohd Saad – Pedidikan Jasmani
8.    Cik Nurin Izati Binti Zaitong  – Pendidikan Seni Visual
9.    En  Norzaidi Bin Mohd Jubri – Pendidikan Muzik
10. Cik Nurul Hayati Binti Bakar – Pendidikan Moral
11. En Ahmad Rashidi B. Mohd Salleh - Sejarah
12. En Norhazlesham Bin Mat –Reka  Bentuk Teknologi
13. Cik Amaliah Binti Aziz – Teknologi Maklumat  Komunikasi
14. Pn Sarimah Bt Mohamad -Pendidikan Kesihatan

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk PSS
1.         Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2.         Menentukan sumber kewangan PSS.
3.         Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4.         Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5.         Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6.         Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7.         Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

Pengerusi AJK Induk PSS
1.         Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS.
2.         Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif PSS yang dirangkakan .
3.         Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan  bantuan Unit Teknologi Pendidikan (UTP).
4.         Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
5.         Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
6.         Mengadakan perbincangan dengan para-para pegawai Unit Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah.
7.         Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS yang lain.
8.         Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
9.         Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Unit Teknologi Pendidikan.
10.       Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.
11.       Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS  merentasi kurikulum.
12.       Menyebarkan konsep PSS  kepada guru-guru, para pelajar dan masyarakat tempatan.
13.       Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.
14.       Dapat menerima perubahan dalam perkembangan  pendidikan dengan fikiran terbuka dari semasa ke semasa

Senarai Tugas Naib Pengerusi AJK Induk PSS
1.         Bertanggungjawab kepada Guru Besar
2.         Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk PSS
3.         Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4.         Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti BTPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
5.         Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6.         Merangka Program Tiga Tahun PSS bersama AJK PSS
7.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
8.         Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha

Senarai Tugas Setiausaha AJK Induk PSS
1.         Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.         Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3.         Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
4.         Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5.         Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6.         Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7.         Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8.         Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankasa Induk dan Kerja PSS
9.         Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk pentadbiran PSS
10.       Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11.       Merangka dan menghasilkan Program Tiga Tahun PSS bersama AJK PSS
12.       Menjadi Setiausaha Jawatankuasa pentadbiran PSS
13.       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14.       Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
15.       Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan 

Senarai Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran
1.         Membantu Jawatankuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2.         Membantu Jawatankuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3.         Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.
4.         Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5.         Merancang satu inovasi untuk setiap panitia.

6.         Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

No comments:

Post a Comment