Monday, February 15, 2016

JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2016

Pengerusi : Pn Noriah Binti Ismail- Guru Besar
Naib Pengerusi :
Pn Siti Maziah Binti Malik  - GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Pn Norsilah Binti Dali - GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Guru Data NILAM Pagi : Cik Nik Khadijah Binti Nik Hassan
Guru Data NILAM Petang : Encik Mohd Hafizi Bin Abdullah
Ketua NILAM Aliran
Tahun 1 : Pn Nik Nursuhada Bt Hamid
Tahun 2 : Pn Siti Hamidah Bt Bian
Tahun 3 : Pn Nor Haslida Bt Khalid
Tahun 4 : En Mohd Sharul Anuar Bin Omar
Tahun 5 : Pn Nor A’ Ain Bt Hasanuddin
Tahun 6 : Pn Sarimah Binti Muhamad
Guru Rakan Pembaca Sesi Pagi
1. Pn Paya Ngau
2. Pn Nazmazura Binti Mat Aris
3. Pn Suzana Bt Md Nawawi
4. Pn Robiatul Adawiyah Bt Mohd Romli
Guru Rakan Pembaca Sesi Petang
1. Encik Mohd Salman Bin Mohd Yusop
2. Pn Vanitha A/P Sanasaya
3. Pn Fara Fadilah Bt Mohamed
4. En Taufiq Bin Ibrahim
Jurukamera :
1. Encik Zulkifli Bin Saad
2. Cik Razliana Binti Zulkafli
Dokumentasi :
Pn Rafeah Binti Badaruddin
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas

Senarai Tugas
Pengerusi ( Guru Besar )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM peringkat
    sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah berjalan dengan
    lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM dan mengambil     
    tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk pelajar.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani  Buku Rekod
    Membaca NILAM.
9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.

Timbalan Pengerusi ( Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan menilai pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung tahun.
6. Mengesahkan guru pembimbing dan kumpulan pelajar

Penyelaras Program ( Guru Perpustakaan)
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber
    Sekolah.
5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan sistem pembelian
    sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang
    dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyelaras pengurusan data( pengumpulan, pengisian dan analisis)
8. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.

Setiausaha
1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Mengesan pelajar yang layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
6. Menyenarai nama guru pembimbing dan kumpulan pelajar.
7. Mengemaskini statistik markah RP dengan bantuan ketua aliran secara berkala
    dan tahunan.
8. Menganalisis data pencapaian keseluruhan Tahap Jauhari.
9. Menganalisis keseluruhan pencapaian Tahap Rakan Pembaca.
10. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat sekolah.

Ketua Panitia
1. Membantu pemilihan bahan bacaan.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
3. Membuat anggaran perbelanjaan Program NILAM.
4. Menyelia pelaksanaan Program NILAM.

Guru Kelas
1. Mengesah dan menandatangani buku rekod bacaan.
2. Membuat pinjaman kelompok buku dari Pusat Sumber Sekolah.
3. Menggalak dan membimbing murid membaca.
4. Menyediakan sudut bacaan di dalam kelas.
5. Mengemaskini Rekod Pencapaian Bulanan setiap pelajarnya.
6. Mengisi data bacaan bulanan dan menyerahkan data tersebut kepada guru data
    NILAM.
7.Menyimpan analisis pencapaian bulanan (Ganjaran Jauhari &Rakan Pembaca) setiap
   pelajarnya.
8. Menyedia & mempamerkan data bacaan murid di papan kenyataan
    kelas
9. Mencatat rekod bacaan terkini pelajar dalam :
    - Kad kemajuan
    - Sijil berhenti sekolah
    - Surat akuan sekolah

Guru Pembimbing ( Rakan Pembaca )
1. Mendapatkan senarai pelajar daripada setiausaha Program NILAM.
2. Murid yang terlibat mesti mempunyai Buku Rakan Pembaca.
3. Membimbing sekumpulan pelajar ( dicadangkan 10 orang )menjalankan aktiviti.
4. Menyediakan jadual aktiviti.
5. Mengesahkan aktiviti dan memberi markah kepada pelajar bimbingannya.
6. Menyimpan buku Rakan Pembaca pelajar kumpulannya.
7. Memberi laporan kepada Ketua Aliran masing-masing dan satu salinan kepada guru
    kelas dalam bulan : Mac, Julai, dan Oktober

Ketua Nilam  Aliran
1. Membantu guru kelas dan guru pembimbing dalam program galakan membaca.
2. Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM
     yang telah dirancang.
3. Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha NILAM.
4.Mengumpul rekod sistem ganjaran Jauhari daripada guru kelas dan sistem ganjaran
   daripada guru pembimbing.
5. Mengedarkan borang data NILAM kelas setiap bulan kepada guru kelas

Guru Data Nilam Sesi Pagi dan Petang
1.‘Key-in’ data pembacaan setiap bulan daripada Ketua NILAM Aliran setiap bulan   
   secara online Inilam . http://nilam.tarantula.my/free/index.php
2. Mencetak borang data NILAM setiap bulan dan kelas.
3. Menyedia sistem fail NILAM.
2. Menjadi urusetia Anugerah NILAM peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment