Monday, September 26, 2016

CONTOH RANCANGAN HARIAN NILAM BAHASA MELAYU

                                        RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU

TEMA
KEMASYARAKATAN
TAHUN
4 Dahlia
TAJUK
Cerita Rakyat
MASA
8.30 – 9.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi  perkataan berimbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       Membaca buku cerita rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
 ii.       Menyenaraikan 5 kata imbuhan awalan dalam peta i-THINK
AKTIVITI
1.      Murid menyenaraikan nama cerita rakyat yang pernah dibaca.
2.      Murid diterangkan Program NILAM dan cara menulis maklumat buku yang dibaca ke dalam buku NILAM.
3.      Murid mengambil buku cerita rakyat.
4.      Murid membaca buku cerita rakyat.
5.      Murid menyenaraikan 5 imbuhan awalan yang terdapat dalam buku cerita rakyat dalam  peta i-THINK.
6.      Murid menceritakan sinopsis cerita dan membentangkan peta i-THINK
7.      Murid menulis maklumat buku yang dibaca ke dalam buku NILAM.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid membaca buku cerita rakyat.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sains Perpustakaan
Nilai  :  rajin, teliti
KB    :  Menjana Idea, Mengecam
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BAHAN BANTU BELAJAR
Buku cerita, peta i-THINK
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca buku cerita rakyat dan menyenaraikan 5 perkataan berimbuhan awalan
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

No comments:

Post a Comment