Tuesday, January 2, 2018

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2018 DAN SENARAI TUGAS

Jawatankuasa Induk PSS 2018

Pengerusi : Encik Soharto Bin Baharen - Guru Besar
Naib Pengerusi
Pn Siti Maziah Binti Malik  - GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Norsilah Binti Dali – GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ikhwan Najib Bin Badar - GPK Kokurikulum
Pn Hasmah Bt Usman  - GPK Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : Cik Norain Bt Che Ali@Bahari
Ahli Jawatankuasa :
Perpustakaan :         Cik Norhazalina Binti Hashim (Sesi Pagi)
                                 Cik Norain Bt Che Ali@Bahari (Sesi Petang)
AJK :
Semua Ketua Panitia
1. Pn Mastura Binti Abd Manaf– Bahasa Malaysia
2. Pn Shunita Roy a/p Dilip Dhar Roy – Bahasa Inggeris
3. Pn Nurul Haya Bt Samsudin – Matematik
4.  Pn Mariah Bt Abdullah– Sains
5.  En Najib Bin Jamri– Pendidikan Agama Islam
6. En Mansor Bin Kamis – Bahasa Arab
7.  Encik Muhammad Hafiz Bin Ahmad Tarmizi -TMK
8.  En Shairol Rizal B. Mohd Saad – Pedidikan Jasmani/ Kesihatan
9.  Puan Nurin  Izati Bt Zaitong – Pendidikan Seni Visual
10. Cik Mohanapriya a/p Mundiandy – Pendidikan Muzik
11. En Ahmad Rashidi B. Mohd Salleh- Sejarah
12. Pn Wan Ika Malini Syuhada Bt Azman -RBT
13. Cik Nurul Hayati Binti Bakar – Pendidikan Moral

1          Senarai Tugas Jawatankuasa Induk PSS
1.         Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2.         Menentukan sumber kewangan PSS.
3.         Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4.         Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5.         Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6.         Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7.         Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

2 Pengerusi AJK Induk PSS
1.         Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS.
2.         Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif PSS yang dirangkakan .
3.         Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan  bantuan Unit Teknologi Pendidikan (UTP).
4.         Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
5.         Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
6.         Mengadakan perbincangan dengan para-para pegawai Unit Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah.
7.         Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS yang lain.
8.         Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
9.         Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Unit Teknologi Pendidikan.
10.       Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.
11.       Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS  merentasi kurikulum.
12.       Menyebarkan konsep PSS  kepada guru-guru, para pelajar dan masyarakat tempatan.
13.       Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.
14.       Dapat menerima perubahan dalam perkembangan  pendidikan dengan fikiran terbuka dari semasa ke semasa

3       Senarai Tugas Naib Pengerusi AJK Induk PSS
1.         Bertanggungjawab kepada Guru Besar
2.         Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk PSS
3.         Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4.         Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti BTPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
5.         Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6.         Merangka Program Tiga Tahun PSS bersama AJK PSS
7.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
8.         Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha

 4       Senarai Tugas Setiausaha AJK Induk PSS
1.         Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.         Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3.         Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
4.         Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5.         Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6.         Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7.         Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8.         Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankasa Induk dan Kerja PSS
9.         Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk pentadbiran PSS
10.       Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11.       Merangka dan menghasilkan Program Tiga Tahun PSS bersama AJK PSS
12.       Menjadi Setiausaha Jawatankuasa pentadbiran PSS
13.       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14.       Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
15.       Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan 

5       Senarai Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran
1.         Membantu Jawatankuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2.         Membantu Jawatankuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3.         Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.
4.         Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5.         Merancang satu inovasi untuk setiap panitia.

6.         Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

Jawatankuasa Kerja PSS 2018
Penasihat : Encik Soharto Bin Baharen - Guru Besar
Pengerusi : Pn Siti Maziah Binti Malik  - GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi :
Pn Norsilah Binti Dali - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ikhwan Najib Bin Badar - GPK Kokurikulum
Pn Hasmah Bt Usman - GPK Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : Cik Norain Bt Che Ali@Bahari
AJK:
Proses Teknik Buku
1.Pn Zalina Bt Mohamad
2. Pn Norhidayah Bt Rahman
3. Cik Nornadiah Bt Yusof
4. Cik Wafa Bt Mohd Azizan
Kad PSS:
Sesi Pagi :
1.Pn Razliana Bt Zulkafli
2.Pn Ku Fatin Azirah Bt Ku Yahya
Sesi Petang :
1.Cik Nor Ain Bt Che Ali@Bahari
2.Pn Rubiah Bt M. Ayob
Blog PSS, Media /Facebook/ Instragram
1.Norhazalina Bt Hashim
2. Pn Razliana Bt Zulkafli
Makmal Komputer :
1. Encik Norzaidi Bin Mohd Jubri
2. Encik Mohd Naim Bin Azran
Prasekolah
1.Cik Amie Bt Ismail
2.Pn Azira Bt Raja Yusof
Video Korporat PSS :
1. Encik Abdul Halim Bin Tahamit
2. Encik Mohd Hafizi Bin Abdullah
3. Encik Abdullah Bin Abd Kadir
Bahan Bantu Belajar
1.Encik Taufiq Bin Ibrahim
2. Encik Muhamad Sofian Bin Husin
3. Pn Razliana Bt Zulkafli
4. Encik Mohd Hussaini B. Hashim
5. Semua Ketua Panitia
Keceriaan :
1. Cik Nur Syuhada Bt Mohd Din
2. Pn Amaliah Bt Aziz
3.Cik Shangkari a/p Sivabalan
4. Pn Dachaini a/p Prabhakaran
Bilik Media
1.Pn  Razliana Bt Zulkafli
2. Encik Mohd Sharul Anuar B. Omar
3. Encik Taufiq Bin Ibrahim
4. En Mohamad Adib Afifi Bin Nadzri
3.1       Senarai Tugas Jawatankuasa Kerja PSS
1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2.Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3.Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4.Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5.Merancang  dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6.Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7.Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8.Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
3.2       Senarai Tugas Guru Perpustakaan Sesi Pagi Dan Petang
1.Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2.Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3.Menjalankan kerja-kerja membaik pulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4.Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5.Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6.Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7.Menubuhkan Jawatankuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
8.Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
9.Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
10.Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11.Melatih dan menyelia Pengawas Pusat Sumber untuk membantu menguruskan perpustakaan
12.Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
13.Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14.Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15.Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
3.3       Senarai Tugas AJK Bahan Bantu Belajar
1.  Mencatat semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian     (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat Bantu mengajar.
2.  Mengelas,mengkatalog dan melabel semua bahan yang dibeli atau diterima.
3.  Menyediakan dan mengedar katalog BBB untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar.
4. Mewujudkan budaya peminjaman dan penggunaan peralatan yang sitematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru.
5. Melaporkan sebarang kerosakan alat BBB kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikian.
6. Menentukan semua perlatan BBB agar sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.
7. Menyediakan buku rekod pinjaman untuk tujuan penyemakan oleh pihak pengurusan atau oleh pegawai-pegawai pendidikan.
8. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.
3.4       Senarai Tugas AJK Bilik Media
1.  Menjaga peralatan yang berkaitan audio dan visual.
2.  Menyediakan dan menguruskan pengunaan perlalatan audio dan visual secara bersistematik.
3.  Menyedikan buku rekod pinjaman peralatan perlalatan audio dan visual bagi tujuan penyemakan pihak pengurusan.
4.  Memastikan semua peralatan perlalatan audio dan visual sentiasa dalam keaadaan yang baik.
5. Melaporkan sebarang kerosakan alat BBM kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikian.
6. Menyediakan bahan software P&P yang dimuat turun dalam laman web.
7.  Mencatat semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat Bantu mengajar.
8. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.
3.5       Senarai Tugas AJK Proses Teknik Buku
1. Membantu Guru Pusat Sumber memproses buku baru dalam sistem automasi.
2.Memilih buku yang sesuai untuk PSS.
3.Mengecap hak milik, nombor perolehan dan nombor panggilan baru.
4. Menulis nombor perolehan dan nombor panggilan buku baru.
5. Menaip maklumat buku baru dalam sistem automasi S-Lib.
6.Mencetak bar kod nombor perolehan dan nombor panggilan.
7.Melabelkan bar kod nombor perolehan dan nombor panggilan.
8.Menyusun buku baru yang telah diproses di rak buku baru.
3.6       Senarai Tugas AJK BLOG/ FB/ Instagram PSS SK Bangsar
1. Menyediakan bahan-bahan promosi untuk setiap aktiviti PSS
2. Mengambil gambar aktiviti yang dilaksanakan di sekolah untuk koleksi PSS
3. Membantu mengemas kini Blog / FB/ Instagram PSS.
 3.7      Senarai Tugas AJK Keceriaan
1. Merancang dan melaksana susun atur PSS
2.Memastikan suasana PSS sentiasa ceria
3.Menghias dan menyediakan Sudut Pameran
4.Memberi idea atau pandangan untuk menceriakan PSS
5.Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut 
   rancangan penggunaan.
6.Susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
7.Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
8.Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan     
   mengguna maklumat.
9.Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
3.8       Senarai Tugas AJK Kad PSS
1.Mengambil gambar murid.
2. Menaip maklumat murid dalm sistem automasi s-Lib
3. Mencetak dan meliminate kad PSS.
4. Mengedarkan kad PSS yang telah siap kepada murid-murid.
3.9       Senarai Tugas AJK Video Korporat PSS
1.Mengumpul gambar aktiviti dan pencapaian terbaik sekolah tahun 2016 - 2017.
2.Menyediakan video korporat PSS untuk pemantauan PSS Cemerlang.
3.10    Senarai Tugas AJK Makmal Komputer
1.Sentiasa menyampaikan segala maklumat mengenai aktiviti Pembestarian Sekolah,Teknikal ICT dan 1Bestarinet daripada BTPNWPKL / PKG kepada Pentadbir dan warga sekolah.
2. Melaksanakan Pembudayaan ICT yang diarahkan oleh KPM/BTPNWPKL/PKG secara berkala kepada seluruh warga sekolah.
3.Sentiasa mengadakan perbincangan dan persetujuan bersama dengan Pentadbir Sekolah dan BTPNWPKL/PKG dalam melaksanakan aktiviti ICT.
4. Bertanggungjawab menguruskan segala peralatan ICT bekalan KPM yang ditempatkan di sekolah supaya sentiasa dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik.
5. Melatih AJK Komputer / Briged Bestari dalam membantu menguruskan hal ehwal pengurusan ICT pada setiap hari.
6. Menyediakan BUKU REKOD yang ditetapkan dan merekod segala aktiviti penggunaan makmal dan peminjaman peralatan ICT serta AKTIVITI HARIAN ICT
7. Sentiasa membuka dan menyemak kandungan email sekolah 2 kali sehari.
8. Sentiasa merujuk kepada Pegawai PKG untuk sebarang pertanyaan, maklumat , atau informasi mengenai pelaksanaan sesuatu aktiviti ICT.
9. Melaksanakan SEGALA TUGASAN GURU PENYELARAS ICT / BESTARI yang telah ditetapkan dalam BUKU PANDUAN PENGURUSAN ICT SEKOLAH WPKL 2014 oleh BTPNWPKL.


AJK Pusat Akses/ICT 2018
Penasihat : Encik Soharto Bin Baharen - Guru Besar
Pengerusi : Pn Siti Maziah Binti Malik  - GPK Tadbir Dan Kurikulum
Naib Pengerusi :
Pn Norsilah Binti Dali - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ikhwan Najib Bin Badar - GPK Kokurikulum
Pn Hasmah Bt Usman - GPK Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : En  Norzaidi Bin Mohd Jubri
        (Guru Penyelaras Bestari)
AJK:
1.         Pn Siti Nor Hidayah Bt Husin – Juruteknik Komputer
2.         Pn Mastura Bt Abd Manaf – Bahasa Malaysia
3.         Pn Shunita Roy a/p Dilip Dhar Roy – Bahasa Inggeris
4.         Pn Nurul Haya Bt Samsudin – Matematik
5.         Pn Mariah Bt Abdullah – Sains
6.         En Najib Bin Jamri– Pendidikan Agama Islam
7.         En Mansor Bin Kamis  – Bahasa Arab
8.         En  Muhammad Hafiz Bin Ahmad Tarmizi -TMK
9.         En Shairol Rizal B. Mohd Saad – Pedidikan Jasmani/ Kesihatan
10.       Puan Nurin Bt Zaitong – Pendidikan Seni Visual
11.       Cik Mohanapriya a/p Mundiandy – Pendidikan Muzik
12.       En Ahmad Rashidi B. Mohd Salleh- Sejarah
13.       Pn Wan Ika Malini Syuhada Bt Azman -RBT
14.       Cik Nurul Hayati Binti Bakar – Pendidikan Moral
Briged Bestari

1       Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.
2       Pengerusi
i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
3       Setiausaha
i) Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Mengurus sediakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
iii) Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.
iv) Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG).
v) Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan.
4 Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
5 Juruteknik Komputer FT17
1. Menguruskan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KMP/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikalberikut : -
1.1 Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
1.2 Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy,DNS dan lain-lain bagi rangkaian SchoolNet, Egnet, Broadband, InternetAccesss, Pusat Akses dan sebagainya.
1.3 Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
1.4 Meja Bantuan Aras 1(Menerima aduan dan mengenalpasti awalkerosakan).
Help Desk : 03-88843752 / 03-88843752. Laporkan sebarang masalah kerosakan rangkaian LAN atau WAN di Makmal Komputer atau Pusat Akses Sekolah kepada pihak PKG berhampiransebagai Meja Bantuan Aras
1.5 Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
2. Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
4. Mengurus isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat diperingkatsekolah serta mematuhi kawalan dan prosuder keselamatan dan berkesanselaras dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan olehKPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam penyediaan peralatan ICT untuk aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM,SDM, Sistem Buku Teks dan sebagainya.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
6 Ketua Panitia
i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.
7 Briged Bestari
1.Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses
Sekolah dan Makmal Komputer.

8 Pusat Akses Sekolah
-Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
-Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan
kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
• semasa waktu persekolahan • selepas waktu persekolahan
-Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
-Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
i) Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran.
ii) Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku,
bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning).
iii) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
iv) Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel.
v) Berkolaborasi dengan murid lain.

No comments:

Post a Comment