Flipbook.

Showing posts with label BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012. Show all posts
Showing posts with label BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

LAPORAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012


1.Nama Sekolah : SK Bangsar
2.Tajuk : Khidmat Bantu 2012
3.Objektif :
3.1 Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, dan fizikal (susun atur dan keceriaan serta system pentadbiran).
3.2 Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
3.3 Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.
4. Sasaran : Perpustakaan dan Bilik Media
5. AJK :
Penasihat : Pn Che Norizam Binti Abdullah
Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
AJK :
1.       Mohd Nazir Bin Majid
2.      Zulkifli Bin Saad
3.      Zalina Binti Muhammad
4.      Wan Nur Aina Binti Wan Muzamil
5.      Ain Nur Fitrah Binti Badrul Hisam
6.      Nur Siti Batrisya Binti Nor Azman
7.      Nurul Hafidzah Binti Abdul Razak
8.      Intan Nur Fatehah Binti Mohd Jamal
9.      Nur Azliah Binti Dahlan
10.  Nabilah Aina Binti Jamaludin
6. Tarikh Pelaksanaan :
9 Oktober – 21 November 2012
7. Jadual :
i. Lawatan Pra Khidmat Bantu PSS ke SK Bangsar – 9 Oktober 2012
ii. Mesyuarat Pra Khidmat Bantu di BTPNKL – 15 Oktober 2012
iii. Mesyuarat  Khidmat Bantu PSS Peringkat Sekolah -  17 Oktober 2012
iii. Pelaksanaan Khidmat Bantu PSS di SK Bangsar – 29-30 Oktober 2012
iv. Pemantauan PKG ke SK Bangsar – 29-30 Oktober 2012
v. Penyediaan Laporan Khidmat Bantu – 12- 16 November 2012
v. Penyerahan Laporan Khidmat Bantu – 21 November 2012
8. Kewangan : Peruntukan daripada  BTPNKL
9. Penutup :
            Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah merupakan satu wahana bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini merupakan inisiatif dan tindakan proaktif BTPNKL  untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang lebih berkesan.Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran kearah kecemerlangan pendidikan.

Disediakan oleh :                                                                                              
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK BANGSAR

Tuesday, November 20, 2012

OPERASI MENGECAT BILIK MEDIA

20 November 2012- Operasi mengecat Bilik Media oleh Encik Zulkifli dan Encik Mohd Zulkarnain.
mengecat
 30% Bilik Media telah dicat warna biru.




Tuesday, October 30, 2012

BENGEL KHIDMAT BANTU HARI KEDUA 2012

Hari kedua Bengkel Khidmat Bantu pada 30 Oktober 2012. Bengkel ini telah dibantu oleh Cikgu Mohd Nazir, Cikgu Zuklifli dan Puan Zalina serta Pengawas Pusat Sumber Tahun 4,5 dan 6.Aktiviti pada hari ini ialah mengubah suai sudut fiksyen Bahasa Inggeris, sudut bacaan guru dan sudut santai.
membaik pulih rak buku kayu oleh Cikgu Zulkifli dan Cikgu Mohd Nazir

pengasingan buku fiksyen Bahasa Inggeris untuk memudahkan pemindahan rak besi dan kayu di lokasi baru.
Ubah suai sudut bacaan guru







BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012

Pusat Sumber SK Bangsar bersama 5 buah sekolah (SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Seri Bintang Utara, SMK Batu Muda, SK Desa Pandan, dan SK Seri Bintang Utara)di Kuala Lumpur telah terpilih untuk Khidmat Bantu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur. Pusat Sumber SK Bangsar mewakili PKG Bangsar. Pihak penganjur memberi bantuan dari segi makanan dan pencetakan bahan. Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu selama 2 hari (29-30 Oktober 2012). Peserta bengkel terdiri daripada Pn Zalina Mohamad, Encik Zulkifli Bin Saad, Cik Norhazalina serta 7 orang Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar tahun 4 dan 6. Pihak BTPNKL dan PKG Bangsar telah datang melawat serta mengambil gambar dan membuat rakaman video semasa sesi bengkel.
Wan Nur Aina memproses buku baru dalam sistem automasi S-Lib.
Pengawas Pusat Sumber mengemas dan menyusun semula buku di rak bacaan guru.
Cikgu Zulkifli mengalihkan sudut pameran ke lokasi yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...