Flipbook.

Showing posts with label MAKLUMAN 2013. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN 2013. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

JEREBU

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah menampal maklumat mengenai jerebu di papan kenyataan PSS.
Bahan maklumat jerebu diperoleh daripada internet
 Menampal maklumat jerebu di papan kenyataan PSS


Setiap murid diberi topeng muka untuk mengelakkan daripada jerebu

Monday, February 11, 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat menyambut Hari Tahun Baru Cina buat warga SK Bangsar yang menyambutnya. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya.

Thursday, January 31, 2013

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Februari 1974, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Labuan pula dimasukkan ke dalam Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001.
Ketiga-tiga wilayah ini diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras dan merancang pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kuala Lumpur merupakan ibu negara,Labuan pula merupakan Pusat Peniagaan dan Kewangan Antarabangsa manakala Putrajaya telah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
 
1 Februari 2013
Maju dan Sejahtera

Inilah wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa
Teguh disemai sentiasa

Membara semangat setiap warganya
Cergas mindanya semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat hormati penuh mesra

Bersatulah Berbaktilah
Semua warga wilayah

Sayangilah Lindungilah
Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah Persekutuan

Sunday, January 27, 2013

HARI THAIPUSAM

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam untuk guru-guru dan murid-murid SK Bangsar yang beragama Hindu.

Wednesday, January 23, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

24  Januari 2013-12 Rabiulawal 1434 Hijrah
Tema Sambutan Maulidur Rasul
 "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Tuesday, January 22, 2013

KAJIAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU

Guru-guru SK Bangsar yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bahagian Teknologi Pendidikan WP Kuala Lumpur sedang menjalankan KAJIAN SET KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU . Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran TMK dalam kalangan guru .
Semua guru dikehendaki menjawab semua soalan yang terkandung dalam soal selidik tersebut iaitu dengan melayari laman sesawang seperti di bawah ini:
PPW BANGSAR / PUDU - http://goo.gl/occga
GLOSARI - Sebagai panduan dalam mendapatkan penjelasan beberapa Istilah yang terdapat di dalam Kajian boleh dicapai di sini - http://goo.gl/H2JDf
Tarikh akhir pengisian soal selidik adalah pada 31 Januari 2013.
Kerjasama daripada anda amat dihargai.
Sumber : http://btpnkl.edu.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...