Flipbook.

Showing posts with label PIALA DUNIA 2010. Show all posts
Showing posts with label PIALA DUNIA 2010. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Anugerah Piala Dunia

Ronaldo, pemenang Kasut Emas pada Piala Dunia FIFA 2002


Pada penghujung Piala Dunia, anugerah akan dihadiahkan kepada para pemain dan pasukan berdasarkan pencapaian berbanding memenangi pertandingan tersebut.

Dewasa ini terdapat enam anugerah:

  1. "Kasut Emas Adidas" (dulu dikenali sebagai "Kasut Emas", atau kadangkala "But Emas", pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
  2. "Bola Emas Adidas" untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai "Bola Emas", pertama kali dianugerahkan pada 1982);
  3. "Anugerah Yashin" untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);
  4. "Anugerah Permainan Bersih FIFA" bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);
  5. "Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik" bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail dianugerahkan pada 1994;
  6. "Pemain Muda Terbaik Gillette" dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

Saturday, June 12, 2010

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010


Piala Dunia bermula pada 11 Jun 2010 .32 buah negara yang akan berentap memburu kejuaraan Piala Dunia, kejohanan yang paling berprestij dalam dunia sukan bola sepak. Berikut adalah jadual perlawanan mengikut waktu Malaysia, bagaimanapun mungkin terdapat perbezaan peralihan masa. Selamat menonton.


10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Piala Dunia 2010

Nikola Zigic macam galah tingginya.

Tommy Oar dari Australia, 18 tahun, jadi pemain termuda Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

1. Negara manakah yang mempunyai peminat paling ramai dalam Piala Dunia 2010?
Amerika Syarikat. Dilaporkan 160,000 tiket telah terjual di AS setakat ini.

2. Pasukan manakah datang daripada negara terkecil?
Slovenia. Populasi negara itu hanya lebih dua juta orang. Mereka menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan mengetepikan Rusia dan Republic Czeck dalam kelayakan peringkat Eropah.

3. Pasukan mana sumbat gol terbanyak peringkat kelayakan?
England. Sebanyak 107 gol dijaringkan di peringkat Eropah. England sahaja menjaringkan bilangan gol terbanyak, 34 gol.

4. Pasukan mana miliki pertahanan terbaik peringkat kelayakan?
Australia. Hanya satu gol lolos dalam lapan perlawanan peringkat kelayakan.

5. Siapa pemain paling tua?
David James. Kali ini penyertaan ketiga penjaga gol England berusia 39 tahun itu menyertai Piala Dunia.

6. Siapa pemain paling muda?
Tommy Oar dari Australia membuat kemunculan sulung Piala Dunia Afrika Selatan 2010 pada usia18 tahun.

7. Siapa jurulatih paling tua?
Otto Rehhagel, kini berusia 71 tahun dan mengepalai Greek sejak awal abad ke-21.

8.
Siapa jurulatih paling muda?
Vladimir Weiss, berusia 45 tahun dan melatih Slovakia. Dia bermain dalan Piala Dunia 1990 untuk pasukan Czechoslovakia.

9.
Siapa pemain paling tinggi?
Nikola Zigic dari pasukan Serbia mempunyai ketinggian 2.03 m.

10. Pasukan mana pegang rekod Piala Dunia?
Pastinya pasukan Brazil. Mereka menang lima kali Piala Dunia. Brazil juga layak menyertai kesemua Piala Dunia sebanyak 19 kali (Hanya satu-satunya pasukan yang menyertai 19 Piala Dunia). Brazil layak ke final sebanyak tujuh kali dan menang lima kali. Brazil juga menang 64 kali perlawanan dalam Piala Dunia, jumlah kemenangan paling banyak oleh sesebuah negara. Mereka juga telah menyumbat 201 gol dalam siri Piala Dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...