Flipbook.

Thursday, November 12, 2009

Semakan Stok dan Pengubahsuaian PSS

Semakan Stok dan Pengubahsuaian PSS
Tarikh : 9 - 20 November 2009
Tempat : Pusat Sumber SKB

Sunday, November 8, 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA,
BULAN BAHASA KEBANGSAAN,
AMALAN CARA GAYA HIDUP SIHAT,
HIDUP SIHAT CERIA


Tarikh : 9 November 2009 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKB

Antara hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur program

Hadiah Kem Membaca 1 Malaysia disampaikan oleh

Pemangku GPK Kokurikulum Ustaz Nazri Musa

Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Bahasa Kebangsaan telah disampaikan oleh Pn Khadijah

Persembahan nyanyian lagu "Munajat Cinta Buku "

oleh murid-murid Kelas 5 Inisiatif yang diketuai oleh Cikgu Fakhri Ucapan Wakil Penyelaras Program oleh Pn Zuhaidah Bt Zainal Abidin

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu "Membaca Gaya Wawasan"



Guru-guru SKB turut serta menyanyi lagu "Membaca Gaya Wawasan"
















Laporan Pameran Bertema Rempah-ratus

Murid membaca dan mencari jawapan berdasarkan soalan kuiz pameran bertema rempah-ratus di papan pameran.

Murid menulis nama di dalam buku pengunjung bertuah setelah membaca maklumat Pameran Bertema Rempah-ratus.

Murid meneliti rempah-ratus yang dipamerkan


Antara buku-buku herba dan rempah-ratus yang disediakan untuk murid-murid membaca dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai rempah-ratus.
Rempah-ratus yang dipamerkan seperti lada hitam, lada putih, bunga lawang, bunga cengkeh, kulit kayu manis dan sebagainya.

LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA REMPAH-RATUS 2009

1.0 TAJUK PROGRAM
1.1 Pameran Bertema Rempah-ratus

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
2.1 Tarikh : 10 Februari – 31 Mac 2009

3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang asal-usul tanaman rempah-ratus yang terdapat di Malaysia.
4.2 Mengenali jenis-jenis dan khasiat rempah- ratus dari segi kesihatan.
4.3 Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.

5.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
5.1 Bahan rempah-ratus.
5.2 Gambar rempah ratus yang terdapat di Malaysia.
5.3 Maklumat mengenai rempah ratus dari segi asal-usul dan
kepentingan rempah-ratus dari segi perubatan.
5.4 Soalan kuiz terkumpul
5.5 Pengunjung bertuah
5.6 Pertandingan Melukis Poster Murid Tahap Dua
5.7 Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu

6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SK Bangsar

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang telah melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat : Tn Haji Nordin Bin Yaman – Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Kamal Bin Ishak – GPK 1
Naib Pengerusi : Encik Putra Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Encik Shamsul Bin Robidi
Naib Setiausaha : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari : Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera : Encik Mohd Nazir Bin Majid
AJK : Encik Zulkifli Bin Saad
Pn Zalina Binti Mohamad
Pn. Wan Izyan
Cik Zaleha Binti Yusop
Pengawas Pusat Sumber

8.0 Impak
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan pameran bertema Rempah ratus 2009.
8.2 Murid dapat mengetahui khasiat rempah-ratus dari segi kesihatan.
8.3 Mencungkil bakat murid-murid dalam pertandingan mewarna rempah-ratus, melukis poster dan menjawab soalan kuiz .

9.0 LAPORAN
Pameran Bertema Rempah-ratus telah berlangsung pada 10 Februari – 31 Mac 2009.Pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid SK Bangsar mengenai khasiat rempah-ratus dari segi kesihatan, nama-nama sainstifik dan jenis-jenis rempah-ratus.
AJK Pelaksana telah menyediakan bahan-bahan pameran yang diperolehi daripada internet dan surat khabar. Selain itu, buku-buku yang berkaitan dengan rempah-ratus dan tanaman herba disediakan untuk rujukan warga sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan kuiz, pengunjung bertuah, mewarna gambar remah-ratus dan melukis poster. Murid-murid begitu berminat menyertai aktiviti yang dilaksanakan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 6 April 2008. Bagi sesi pagi telah disampaikan oleh Tuan Haji Nordin Bin Yaman Guru Besar SK Bangsar . Manakala bagi sesi petang, telah disempurnakan oleh Puan Tanma a/p Rajasegaran Penyelia Petang.

10.0 PENUTUP
Pameran Bertema Rempah-ratus 2009 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Melalui aktiviti yang telah dirancang memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan warga SK Bangsar.

11.0 .LAMPIRAN
11.1 Nama pemenang Pameran Bertema Rempah-ratus
11.2 Gambar-gambar aktiviti Pameran Bertema Rempah-ratus.

Disediakan oleh,

...........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
Penyelaras


SENARAI NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA REMPAH-RATUS

Pertandingan Mewarna Tahap Satu
1. Siti Aidaafina Bt M. Fadzil 3 Fokus
2. Siti Nur Hafizah Nashrudin 3 Inovatif
3. Nur Qamarina Izaty 3 Fokus
4. Noor Suhadah Bt Rahim 3 Efektif
5. Nurul Hasya Bt Husin 2 Inisiatif
6. Ain Nasuha Bt Azlan 3 Dinamik

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
1. Alif Aiman 4 Efektif
2. Siti Mariyem Bt Husein 6 Fokus

Pertandingan Kuiz Tahap Satu
1. Nur Syahira 3 Efektif
2. Rusdina Adilah Bt Rashid 3 Dinamik

Pertandingan Kuiz Tahap 2
1. Muhamad Firdaus B. Zulkifli 6 Efektif
2. Adam Arif B. Awira 6 Efektif
3. Nurul Shahirah Bt Azizan 4 Dinamik
4. Aini Lydia Bt Badri 6 Inisiatif
5. Anissa Bt Kamis 6 Inisiatif
6. Siti Nur Atirah Bt Mohd Fared 6 Efektif
7. Nur Fatin Nabilah Bt Mohd Fared 6 Dinamik
8. Rabiatun Adawiyah 6 Fokus
9. Zhahrina Bt Husein 4 Efektif
10. Dewi Nur Adriena Bt Muhd Amirul 4 Dinamik
11. Nur Fartinah 4 Efektif
12. Nor Izzati Bt Abdul Rahim 4 Efektif

Pengunjung Bertuah Murid Tahap 1
1. Nur Faiz Yani B. Fazal 1 Fokus
2. Amir Izzudin B. Sabri 3 Efektif
3. Siti Syahira Bt Ramdan 3 Kreatif

Pengunjung Bertuah Murid Tahap 2
1. Mohd Syafik B. Nordin 6 Responsif
2. Nurul Syazwina Bt Saifuddin 5 Efektif
3. Sha Atikah Qurratuani 4 Responsif

Pengunjung Bertuah Guru
1. Cik Khairiati Bt Abu Hassan
2. Pn Mariah Bt Abdullah
3. Encik Nordin Bin Yaman


Kertas Cadangan Pameran Bertema Rempah-ratus

PAMERAN BERTEMA REMPAH-RATUS

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pameran bertema ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dan Kelab Pusat Sumber Sekolah .
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti soalan kuiz, pertandingan mewarna tahap 1, melukis poster tahap 2 dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai kepentingan rempah-ratus dalam kesihatan.
1.2 Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3 Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1 memupuk minat membaca di kalangan pelajar
1.3.2 memupuk minat pelajar mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
1.3.3 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan,
1.4 Objektif
Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang asal-usul tanaman rempah-ratus yang terdapat di Malaysia.
1.4.2 mengenali jenis-jenis dan khasiat rempah- ratus dari segi kesihatan.
1.4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.5 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Semua warga SK Bangsar

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat : Tn Haji Nordin Bin Yaman - Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Kamal Bin Ishak - GPK Kurikulum
Naib Pengerusi : Encik Putra Bin Ahmad - GPK kokurikulum
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Encik Shamsul Bin Robidi
Naib Setiausaha : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari : Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera : Encik Mohd Nazir Bin Majid
AJK : Encik Zulkifli Bin Saad
Pn Zalina Binti Mohamad
Pn. Wan Izyan
Cik Zaleha Binti Yusop
Pengawas Pusat Sumber

3.0 AKTIVITI PAMERAN
3.1 Bahan rempah-ratus.
3.2 Gambar rempah ratus yang terdapat di Malaysia.
3.3 Maklumat mengenai rempah ratus dari segi asal-usul dan kepentingan rempah-ratus
dari segi perubatan.
3.4 Soalan kuiz terkumpul
3.5 Pengunjung bertuah
3.6 Pertandingan Melukis Poster Murid Tahap Dua
3.7 Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu

4.0 TEMPAT PAMERAN
4.1 Pusat Sumber Sekolah

5.0 PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan rempah-ratus dan artikel rempah-ratus daripada internet.

6.0 TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran adalah :
Tarikh : 10 Februari – 31 Mac 2009

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i. Kuiz Tahap 1 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00
ii. Kuiz Tahap 2 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00
iii. Pengunjung bertuah 6 orang x RM 5.00 = RM 30.00
Tahap 1 – 3 orang murid
Tahap 2 – 3 orang murid
iv. Pertandingan Mewarna 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00
Tahap 1
v. Pertandingan Melukis 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00
Poster Tahap 2
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 190.00
7.2 Bajet
1. Hadiah - RM 190.00
2. Kertas A4 1 Rim - RM10.00
3 Liminate A4 1 Rim - RM 50.00
4 Polisterin nipis warna (3 keping) - RM 37.50
5.Bahan rempah-ratus - RM 15.10
6.Dokumentasi - RM 10.00
7.Gambar- RM 20.00
8.Toner printer (Epson warna) -RM 61.00
Jumlah RM 393.60

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya pemakanan yang sihat. Dengan itu , masyarakat yang sihat dan bermaklumat serta terkini dapat diwujudkan.


Disediakan oleh :

…………………………………..
( CIK NORHAZALINA HASHIM)
PENYELARAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...