7 April 2016 - Kembara Ilmu
Seramai 20 orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6 menyertai aktiviti Kembara Ilmu. Setiap kumpulan diberi kad aktiviti untuk diisikan bagi 11 stesen yang perlu dilengkapkan.
Cikgu Razliana memberi taklimat pelaksanaan Kembara Ilmu kepada 10 kumpulan.
Kad aktiviti Kembara Ilmu
Murid mencari maklumat planet di Bilik Media dan bintang di Makmal Sains.
Murid menyenaraikan harga minuman yang dijual di kantin. Murid mencari nama tumbuhan herba di Taman Herba.
Di sudut pameran bertema 1Murid 1Sukan murid menyenaraikan nombor pengkelasan dan nama buku sukan dan permainan.
Murid menyenaraikan kata-kata hikmat di pondok bacaan dan peribahasa yang terdapat di beam Dewan Bestari.