Tempat : Dewan Bestari
Majlis Penutup Ihya Ramadan telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 3 September 2010. Majlis ini berlangsung di Dewan Bestari SK Bangsar pada pukul 8.00 pagi. Objektif majlis ini diadakan untuk memupuk semangat kekitaan dan semangat kerjasama antara satu sama lain antara arga sekolah. Disamping itu menyedarkan warga sekolah tentang hari hari dan bulan-bulan kebesaran Islam serta mengambil iktibar sejarah dan kisahnya. Warga SK Bangsar dapat menimba ilmu dan pengetahuan melalui ceramah serta aktiviti yang dijalankan.Majlis diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak Ramadan oleh adik Nurul Syafikah dari Tahun 6 Dinamik. Manakala adik Fatin, Alia dan Hasanh telah membuat persembahan Sembang 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mengenai Ramadan dan Syawal.
Ustaz Najib Bin Jamri telah mengetuai bacaan selawat. Manakala Ustaz Aidid mengetuai majlis Takbir Raya. Ustaz Sabri telah memberi tazkirah Solat Raya Aidilfitri. Encik Azram pula telah memberi taklimat mengenai keselamatan jalan raya. Semoga segala maklumat yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada warga sekolah. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati buat murid-murid dan bersalaman antara warga sekolah.
Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin Kamis
Ucapan perasmian penutup Ihya' Ramadan 2010 oleh guru besar Tuan Haji Nordin B. Yaman
16 guru yang menerima duit raya daripada Guru Besar
Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahap 2 bersama guru-guru lelaki











