Flipbook.

Friday, May 18, 2012

PROJEK TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE

Projek ini telah dilaksanakan selama 2 minggu bermula dari 23 April  - 4 Mei 2012 oleh 3 pelajar Universiti Malaya iaitu saudari Siti Nurfatihah Bt Zakaria, Radhiah Bt Yunus dan Muhammad Faiz Bin Mohd Amir dengan jayanya. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang projek ini ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Masyarakat Berbilang kaum di Malaysia, permainan, mewarna dan tayangan video.
Majlis penutup telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar yang telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Encik Mohd Ali sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti yang dijalankan. Penutup diakhiri dengan persembahan murid  tahun 4 telah membuat persembahan lagu "Gemuruh".
Hadiah dan sijil yang disediakan oleh pelajar Universiti Malaya
Backdrop
Ketua Pengarah Projek - Siti Nurfatihah Binti Zakaria
Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum  merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah

Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Persembahan tarian - Gemuruh
Murid-murid bersama tiga orang pelajar Universiti Malaya.

Thursday, May 17, 2012

PEMENANG PAMERAN BERTEMA MAKANAN TRADISIONAL

Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Makanan Tradisional telah diadakan pada 17 Mei 2012 yang bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar.
PERTANDINGAN MEWARNA
TAHUN 1
  1. Rahmah Mohd Awae – 1 Dinamik
  2. Aqila Najila Qistina Mohd Shukri – 1 Inovatif
  3. Norakma Saffiah – 1 Inisiatif
TAHUN 2
  1. Zulaikha Nurul Aini Mat Ghazali – 2 Dinamik
  2. Nur Fatinajihah Mohd Yusri – 2 Dinamik
  3. Dewi Nur Adrysha – 2 Dinamik
TAHUN 3
  1. Wan Muhammad Afiq Wan Muzaimi – 3 Kreatif
  2. Nur Ainna Syafiqah Mansor Adbi – 3 Inisiatif
  3. Nor Alia Shuhada Mohd Riddduan – 3 Kreatif
TAHUN 4
  1. Siti Aida Nabila Aini – 4 Dinamik
  2. Hana Umaira Idris – 4 Fokus
  3. Asmaleana – 4 Fokus
TAHUN 5
  1. Muhammad Hakimie Norhan -  5 Kreatif
  2. Nik Mazni Iryanie Nik Mansor -  5 Dinamik
  3. Wardatul Farha Rafizal – 5 Fokus
TAHUN 6
  1. Nurul Izzah Azhar – 6 Inovatif
  2. Syara Syahira – 6 Progresif
  3. Siti Nur Abdah Ismail – 6 Progresif
 KUIZ
TAHUN 3
  1. Erni Nurzuhai Najwa – 3 Efektif
TAHUN 4
  1. Wan Nurul Shazana – 4 Optimal
  2. Nurul Najwa Zainal Abidin – 4 Optimal
  3. Syazriyana Aqeem – 4 Optimal
TAHUN 5
  1. Nurul Atirah Alias – 5 Efektif
  2. Rahmah Harmaini – 5 Efektif
  3. Nur Anis Balqis – 5 Dinamik
TAHUN 6
  1. Rusydina Adilah Rashid – 6 Dinamik
  2. Nurul Hanis Izzati – 6 Dinamik
  3. Nakimie Haidie – 6 Responsif
PESERTA PALING AKTIF :
  1. Nurazwani Azam – 6 Efektif
  2. Muhammad Afiq Asyraf Mohd Amirul – 5 Efektif

PENGUNJUNG BERTUAH
1.Nur Alya (1 Optimal)
2.Nur Shafila (2 Dinamik)
3.Nor Shazwani Jumat (3 Efektif)
4. Mohd Shahril Aizat (4 Fokus)
5. Muhammad Faizuddin Zuri (5 Efektif)
6.Muhammad Haiqal Najwan Saidi (6 Responsif)
7.Nurul Hanis Izzati Zolkeplay (6 Dinamik)
8.Wan Zainatul Fathiah Wan Zin (6 Progresif)
9.Mohd Ikhmal Hakim Omar (5 Efektif)
10.Nurina Atiqah (5 Fokus)

Wednesday, May 16, 2012

CONTOH SIJIL ANUGERAH NILAM 2012

SIJIL RAKAN PEMBACA

Murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas


SIJIL ANUGERAH GANGSA

Murid yang telah membaca buku sebanyak 90 - 180 buah buku


Tuesday, May 15, 2012

PENGGUNAAN KAMUS PELAJAR DALAM BILIK DARJAH

Tarikh : 15 Mei 2012
Kelas : 6 Inisiatif
Masa : 9.40 - 10.40 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Mencari makna perkataan yang diberi berdasarkan petikan dalam buku teks  Bahasa Malaysia muka surat 88 dan 89.
 Murid dibahagi kepada 8 kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
Setiap kumpulan dibekalkan Kamus Pelajar yang diperolehi daripada Pusat Sumber.
Murid berbincang mencari makna perkataan dengan menggunakan Kamus Pelajar.

TENTATIF HARI GURU 2012

ATURCARA MAJLIS 
 16 MEI 2012
RABU
10.40 pagi     : Semua guru dan murid berkumpul di dewan
10.50 pagi     : Ucapan alu-aluan juruacara 
11.00 pagi     : Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin Kamis
11.15 pagi     : Bacaan Perutusan Pengarah KPM oleh Cik Nurul Hayati Bt. Bakar
 11.30 pagi    : Menonton siaran langsung pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat 
                          Kebangsaan 2012 
12.15 tengah hari   : Ucapan Wakil Murid – Ketua Pengawas
12. 25 tengah hari  : Ucapan Wakil Guru oleh En Azram Bin Azhari
12.35 tengah hari   Ucapan Guru Besar SKB (Pn. Che Norizam Bt. Abdullah)
                                   Gimik Perasmian Sambutan Hari Guru 
12.45 tengah hari   :  Lafaz Ikrar oleh Warga Pendidik SKB diketuai oleh En. Mohd Ali B Kasmun (GPK Tadbir dan Kurikulum)
1.00 Petang   :  Nyanyian Lagu Guru Malaysia
            : Nyanyian Lagu Tema

LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

SELAMAT HARI GURU 2012


Jasamu dikenang
Budimu tidak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Menjadikan kami cemerlang
TERIMA KASIH CIKGU....

Sunday, May 13, 2012

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


 http://www.moe.gov.my/?id=252&lang=my

SELAMAT HARI GURU 2012

 
TEMA HARI GURU 2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
  • LOGO HARI GURU
    Putih
    - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
    Perak
    - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
    Kuning
    - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
      membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
    Merah
    - Menunjukkan keteguhan semangat.
    Biru
    - Menunjukkan perpaduan muhibah.

    Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.  
  • Sumber :  http://www.moe.gov.my/?id=288&lang=my

HARI CERIATHON

Hari Ceriathon telah diadakan pada 12 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...