
Pusat Sumber SK Bangsar akan mengadakan Pameran Bertema "Wilayah Persekutuan Labuan" pada 2 -29 Februari 2012 sempena menyambut Hari Wilayah Persekutuan kali yang ke 38. Antara aktiviti yang akan diadakan di Pusat Sumber SK Bangsar ialah sudut pameran yang meliputi sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan, bendera dan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Pulau Labuan. Pengunjung boleh menjawab soalan kuiz dan menyertai pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan. Hadiah menarik menanti warga SK Bangsar. Membaca dapat menimba ilmu pengetahuan.