Flipbook.

Friday, March 9, 2012

ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

1.  Program NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
2.Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2003.
3. Objektif
• Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
• Meningkatkan minat membaca yang berterusan
• Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat
• Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
• Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda
• Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
• Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti
4. Sasaran Peserta
30 peserta Anugerah NILAM 2012 akan dilibatkan dalam sesi Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2012 melalui pencalonan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing di bawah seliaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
5. Kriteria Pemilihan Calon
• Calon yang dipilih telah membaca lebih dari 360 buah buku (bagi calon Sekolah Rendah) dan 288 buah buku (bagi calon Sekolah Menengah)
• Murid yang aktif menjalankan aktiviti Rakan Pembaca dan sekurang-kurangnya telah mendapat markah minimum 50 dalam Tahap Rakan Pembaca
• Terdiri daripada murid Darjah 6 dan Tingkatan 5
• Jumlah bacaan calon dibuktikan dengan rekod bacaan yang disahkan oleh sekolah dan panel penilai negeri (JPN/PPD/PTPB/BTPN/ PKG)
• Murid yang telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa InggerĂ­s.
• Calon telah dipilih oleh panel hakim peringkat negeri
6.Kategori
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2012 terdiri daripada 2 kategori seperti berikut:
• Sekolah Rendah
• Sekolah Menengah
7.  Hadiah

Hadiah Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:
Pemenang
Kategori
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Tokoh NILAM
Wang Tunai RM 2000.00,  Piala dan Sijil
Kedua
Wang Tunai RM 1500.00,  Piala dan Sijil
Ketiga
Wang Tunai RM 1000.00, Piala dan Sijil
Saguhati
2 x RM 200.00
2 x RM 200.00
Nota: Hadiah wang tunai adalah sumbangan JK Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Sumber :
http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/index.php/program-aktiviti/170/271-anugerah-nilam.html

Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan 2012 yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan pula bertujuan meningkatkan bilangan PSS yang berkualiti dan berfungsi yang menjadi pemangkin kepada pembudayaan literasi maklumat dalam kalangan murid.
Penilaian APSS akan dilaksanakan pada bulan Mac – April 2012 manakala penilaian Anugerah NILAM akan diadakan pada 26 April 2012. Kesemua calon untuk kedua-dua Anugerah akan mengikuti program Kembara NILAM 1Malaysia pada 25 – 30 April 2012. Majlis Anugerah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 29 April 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sumber :

Thursday, March 8, 2012

ANUGERAH NILAM SK BANGSAR 2012

RAKAN PEMBACA 2012
1.            NUR NAFISAH BINTI IBRAHIM – 6 INOVATIF
2.            NUR  ZAKDATUL FITRAH BT RAZAK – 6 DINAMIK
3.            NURUL HANIS BINTI ZOLKEPLAY – 6 DINAMIK
4.            NUR FADZLIANA BT AHMAD – 6 DINAMIK
5.            RUSYDINA ADILAH BT RAHSID – 6 DINAMIK
6.            NURUL SAKINAH BT ALVI – 6 EFEKTIF
7.            NURYASMIN BINTI MOHD SHAUGI – 6 DINAMIK
8.            NURUL AIN BT AYUB – 6 EFEKTIF
9.            AIN NURFITRAH BT BADRUL - 4 EFEKTIF
10.          NUR FATHIAH BT ABD RAHIM – 4 EFEKTIF
11.          INTAN NUR FATEHAH BT MOHD JAMAL - 6 INISIATIF
12.          NURFATINI SYAMIMI BT IBNOR HAJAR - 5 DINAMIK
13.          SITI AISYAH BT ADNAN - 4 DINAMIK
ANUGERAH NILAM 2012
1. NUR FATHIAH BT ABD RAHIM     4 EFEKTIF – 411 BUAH BUKU
ANUGERAH GANGSA
1.  NUR NAFISAH BINTI IBRAHIM    6 INOVATIF - ( 102 BUAH BUKU )
2.NUR  ZAKDATUL FITRAH BT RAZAK           6 DINAMIK -  ( 120 BUAH BUKU )
3. NUR FADZLIANA BT AHMAD       6 DINAMIK -  ( 148 BUAH BUKU )
4. INTAN NUR FATEHAH BT MOHD JAMAL 6 INISIATIF - ( 169 BUAH BUKU )
5. SITI AISYAH BT ADNAN  4 DINAMIK - (120 BUAH BUKU)
ANUGERAH PERAK
1. RUSYDINA ADILAH BT RAHSID    6 DINAMIK  ( 202 BUAH BUKU )
2. NURUL HANIS BINTI ZOLKEPLAY     6 DINAMIK  ( 192 BUAH BUKU )
3. NURFATINI SYAMIMI BT IBNOR HAJAR  5 DINAMIK  ( 186 BUAH BUKU )
ANUGERAH EMAS
1.NURUL SAKINAH BT ALVI     6 EFEKTIF  ( 290 BUAH BUKU )
2.NUR YASMIN BINTI MOHD SHAUGI 6 DINAMIK ( 292 BUAH BUKU )
3.NURUL AIN BT AYUB   6 EFEKTIF   ( 293 BUAH BUKU )
4. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM  4 EFEKTIF  ( 294 BUAH BUKU )

Wednesday, March 7, 2012

UJIAN 1

Ujian 1 telah diadakan pada 5-8 Mac 2012. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat menduduki ujian. Buat yang terbaik.

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...