Flipbook.

Saturday, January 25, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKA SEKOLAH

Majlis Sambutan Mailidur Rasul diadakan pada 25 Januari 2014 bertempat di Dewan Bestari.
Maulidur Rasul ialah majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tujuan Sambutan : 
1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3.Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4. Menyedarkan warga SK Bangsar tentang hari-hari dan bulan-bulan kebesaran Islam dan mengambil iktibar pengajaran sirah serta kisahnya.
5. Mendedahkan dan membudayakan program-program keagamaan dalam jiwa warga SK Bangsar.
mula berarak

Ucapan Guru Besar- Pn Che Norizam Binti Abdullah
Tazkirah

Friday, January 24, 2014

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN "MAK KATA"

Majlis Pelancaran Kempen "Mak Kata" anjuran Ducth Lady telah diadakan pada 23 Januari 2014 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Prop 
Juruacara majlis Nana AF
Kehadiran pihak media
Nana AF menemu ramah Mia Sara mengenai Kempen "Mak Kata"
Mia Sara menanya pesanan "Mak Kata"

Menampalkan pesanan "Mak Kata"

Cenderahati yang diterima oleh murid-murid Tahun 4 Dinamik, Efektif dan Fokus

PERADUAN CANTUM NOMBOR DAN MEWARNA

Aktiviti pertama bagi tahun 2014

BUKU PROGRAM PELANCARAN MENTOR MENTEE

Pelancaran Mentor Mentee pada 27 Januari 2014 di Dewan Bestari SK Bangsar.

SURAT SIARAN PELAKSANAAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2014


Surat siaran Pelaksanaan Program NILAM Peringkat Sekolah telah diedarkan kepada murid-murid pada 23 Januari 2014. Moga mendapat kerjasama ibu bapa untuk melaksanakan program ini bagi meningkatkan pembacaan murid-murid SK Bangsar.

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR
TEL : 03-22824990
FAKS : 03-22825550      
                                                                                        Rujukan kami :SKB PSS06/07/001/09
                                                                                         Tarikh : 22 Januari 2014
Kepada ibu bapa / penjaga SK Bangsar

Pelaksanaan Program NILAM 2014

Perkara di atas adalah dirujuk
2.0       Program NILAM merupakan program wajib dijalankan oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia berdasarkan Surat Pekeliling Bil 13/1998, Tarikh 22 Mei 1998. Program ini adalah satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca .
3.0       Penghargaan dan Sijil Pengiktirafan akan diberikan kepada murid yang berjaya merekod jumlah bacaan seperti berikut:
Jumlah bacaan
Sijil Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

4.0       Semua data bacaan akan direkod secara online di laman web http://nilam.tarantula.my/. oleh Guru NILAM. Sijil pengiktirafan akan diberi berdasarkan jumlah buku yang dibaca oleh anak tuan/puan.
5.0       Pihak sekolah memerlukan kerjasama daripada ibu bapa bagi melaksanakan program ini.Ibu bapa diminta membeli sebuah buku Rekod Bacaan NILAM Tahap Jauhari yang berharga RM2.50 di Kedai Buku atau di Pusat Sumber Sekolah. Buku Catatan NILAM yang telah habis digunakan haruslah disimpan oleh murid sebagai rekod dan bukti jumlah bacaan yang telah dilakukan.
6.0       Ibu bapa diminta membimbing anak tuan/puan mengisi maklumat buku yang telah dibaca ke dalam buku Rekod Bacaan NILAM. Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membimbing murid di sekolah sepanjang Program NILAM dilaksanakan.
7.0       Pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak ibu bapa dapat bersama-sama mengingatkan anak-anak tentang perkara ini. Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA”
Saya yang menurut perintah,


……………………………………

Thursday, January 23, 2014

SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK, KERJA PSS DAN PROGRAM NILAM BIL 1/ 2014

PK 07/1
SURAT PANGGILAN MESYUARAT

                                                                                                             Ruj. Kami : ..............................
                                                                                                             Tarikh       : 23 Januari 2014

                                                                                                           
Semua AJK PSS

Tuan,

 MESYUARAT JAWATANKUASA  INDUK, KERJA PSS DAN PROGRAM NILAM BIL 1/ 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

                                    Tarikh             : 28 Januari 2014 (Selasa)
                                    Masa               : 12.30 tengah hari
                                    Tempat           : Bilik Mesyuarat
                                    Pengerusi      : Pn Che Norizam Binti Abdullah

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1          Perutusan Pengerusi;
3.2        Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;
3.3        Perkara-perkara berbangkit;
3.4        Pembentangan laporan/maklumat;
3.4.1      Jawatankuasa Induk PSS 2014
3.4.2      Jawatankuasa Kerja PSS 2014
3.4.3      Jawatakuasa Bilik Media
3.4.4      Rancangan Tahunan PSS 2014
3.4.5      IQPSS-  Intrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah Berkomputer (IQ-PSS)
3.4.6      Jawatankuasa Program NILAM 2014
3.4.7      Maklumat Program Nilam
3.4.8      Data NILAM
3.4.9      Buku NILAM
3.4.10   Hadiah NILAM
3.5        Hal-hal lain;
3.6        Penutup.

Sila bawa bersama Minit Mesyuarat Jawatankuasa  Induk, Kerja PSS Dan Program NILAM Bil 3/ 2013. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,


.............................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
SETIAUSAHA



DREAM CAR ART CONTEST

20 Januari 2014- Dream Car Art Contest bersama Toyota.

Sunday, January 19, 2014

PAPAN BERMAKLUMAT

Ketua Panitia Kemahiran Hidup, Encik Mohd Norizi membantu memasang Carta Organisasi Pengawas Pusat Sumber dan Program NILAM.






JADUAL TUGASAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR SESI PAGI 2014

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan).
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ke tempat asal.
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cap hak milik dan sebagainya.
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal.
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian.
9. Membantu mempromosikan PSS.
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.
12. Membantu membaik pulih bahan-bahan rosak.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...