Monday, October 16, 2017

PROGRAM 1MURID 1BUKU

Murid setiap pagi membaca buku di dewan sebelum masuk ke kelas.
7.15 - 7.25 pagi
Kotak Ilmu 

HARI SUKAN NEGARA

14 Oktober 2017 Sabtu

Senamrobik
Sukaneka, bola sepak, bola jaring dan bola tampar

Wednesday, October 11, 2017

KAJIAN TINDAKAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Guru menggunakan SIR Corner Yayasan Bank Rakyat untuk mengisi Kajian Tindakan PSS.

Murid-murid diberi peluang mengisi kajian tindakan Program NILAM secara online

Tuesday, October 10, 2017

Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

21 September 2017 - Khamis

Gimik

 Persembahan Prasekolah
 Penyampaian Hadiah

Monday, September 18, 2017

PROGRAM KEMBARA SEJARAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA – PERSEMBAHAN TEATER “RAINFOREST”

                            TARIKH  : 19 SEPTEMBER 2017 (SELASA)
                            MASA     :  7.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
   TEMPAT  :  WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
                                            

                           ANJURAN : PANITIA SEJARAH DENGAN 
                                            KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM
                                          
 SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

1.0 PENDAHULUAN
     Persembahan teater “FANTASI RAINFOREST” yang pertama bertaraf dunia,secara Eksklusif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Konsep cerita ini yang berpusat pada hubungan istimewa antara manusia dan alam semula jadi,mempamerkan pelbagai flora dan fauna di hutan hujan Malaysia,bersama suku kaum asli yang tinggal di sana serta berinteraksi dengan persekitaran mereka.
Teater ini mengisahkan kehidupan di dalam hutan hujan Malaysia dan merangkumi konsep “cinta”, ”toleransi” dan ”harmoni” melalui peranan pemburu. Jalan cerita yang bermula dengan keadaan harmoni di hutan hujan Malaysia,di mana orang asli dan kehidupan liar yang tinggal bersama secara aman.
Walau bagaimanapun,keharmonian itu kemudian dikacau oleh seorang pemburu yang menceroboh serta memasang perangkap kepada haiwan yang menyebabkan nyawa terancam.
Cerita ini mewakili keharmonian di Malaysia- rakyat semua kaum hidup bersama dalam keadaan aman dan menerima perbezaan antara satu sama lain yang akan menghasilkan Malaysia yang indah.
Penonton daripada semua peringkat umur akan teruja dengan persembahan kebudayaan yang unik berserta aksi akrobatik bertaraf antarabangsa dan sebagainya.

2.0 MATLAMAT
Matlamat lawatan ini ialah untuk meluaskan minda dan mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan kesedaran sivik terhadap persekitaran.

3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh Lawatan : 19 September 2017 (Selasa)
Masa: 7.30 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat Lawatan : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan sekitar Putrajaya

4.0 SASARAN:
Murid-murid Tahun 4 ,5 dan 6 : 40  orang
Guru pengiring  : 4 orang

5.0 OBJEKTIF


  • Memupuk minat dan kesedaran murid dalam pelbagai bidang.
  • Melahirkan murid yang kreatif,berdaya cipta dan berpandangan jauh.
  • Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
  • Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.







  • TENTATIF PROGRAM LAWATAN
    BIL
    MASA
    PERKARA
    CATATAN

    1.

    7.30pagi
    Berkumpul di sekolah
    Mendengar taklimat
    2.
    8.00  pagi
    Bertolak ke Putrajaya

    3.
    9.00 pagi
    Melawat
    • Dataran Putra
    • Masjid Putra
    • Kompleks Pejabat Perdana Menteri
    -Literasi 
     Maklumat
    -Bergambar
    4.
    10.00 pagi
    Melawat Taman Botani
    -Literasi
     Maklumat
    5.
    11.30  pagi
    -       Tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
    -       Makan tengah hari

    6.
    12.30 tengah hari
    Menikmati Petunjukkan Fantasy Rainforest
    Literasi Maklumat
    7.
    2.00 petang
    Melawat Taman Wetland

    Literasi Maklumat
    8.
    3.00 petang
    Solat dan bertolak balik ke sekolah


    9.
    4.00 petang
    Tiba di sekolah

Friday, September 15, 2017

PERTANDINGAN PUZZLE MERDEKA

TAHAP 2
1.ARIFAH  BALQIS BINTI AMENUDDIN - 4 ANGGERIK
2.NURALLYSHA ELYANA BT CHAN - 6 ANGGERIK
3. NURQASREENA DAYANA 6 ANGGERIK
SAGUHATI :
1. PUTERI ALIA FATIMA BINTI YUSOFF - 4 ANGGERIK
2. NURHUSNA  BT MOHD ZAINI - 6 ANGGERIK
3. NURUL MISHA - 6 ANGGERIK

Thursday, August 10, 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SERAMBI ILMU RAKYAT SIR BANK RAKYAT

10 Ogos 2017 - Khamis
8.00 Pagi - 1.00 petang

38 orang Pengawas PSS dan 4 orang guru pengiring (Cik Norhazalina, Cik Norain, Pn Ku Fatin dan Cik Mohana Priya)
8.15 pagi sarapan. 9.15 pagi - bertolak ke Bank Rakyat. 9.45 pagi tiba di Bank Rakyat
Peserta lawatan diberi taklimat kemudahan di SIR Bank Rakyat.
Sesi tayangan dan soal jawab



Penyampaian cenderahati 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...