BURUNG BAYAN YANG
CERDIK
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam 1
Malaysia.
Mari-mari kita
dengarkan cerita..kisah Burung Bayan yang sangat cerdik, untuk pengajaran kita semua.(melodi
orang kampung)
Hai… kawan-kawan
hendak dengar tak… cerita saya yang bertajuk “Burung Bayan yang cerdik”
-Pada zaman dahulu, ada seorang
pencari kayu yang miskin. Pada suatu hari, pencari kayu itu pergi mencari kayu ,
di dalam hutan. Ketika mencari kayu, dia
menjumpai sebatang pokok yang penuh dengan sarang burung bayan.
- “Aku akan tangkap dan jual burung-burung
bayan itu,”katanya. “Aku akan mendapat banyak wang.”
- Pada keesokan paginya, pencari kayu, memanjat pokok tersebut. Dia menyapu getah
pemikat pada semua sarang. Pada sebelah petang, burung-burung bayan terbang
pulang ke sarang. Mereka terlekat , pada getah pemikat itu.
-“Oh, tolong, tolong,” jerit burung-burung
bayan. “Kita
terlekat pada getah pemikat!”. Apabila semua dibuang ke tanah, kita terus terbang
bersama-sama.” Semua burung bayan bersetuju dengan cadangan ketua
mereka.
- Pada keesokan pagi, pencari kayu itu pergi ke pokok, lalu memanjat pokok itu. Dia berasa hairan, apabila
mendapati semua burung bayan telah mati di dalam sarang. Dia pun mencampak
burung-burung bayan itu seekor demi seekor. Akhirnya, sampai giliran ketua burung bayan. Tiba-tiba…
pisau pencari kayu terjatuh ke tanah. Burung-burung bayan di tanah fikir.. itu
bunyi ketua mereka dicampak. Mereka pun terbang ke udara.
-“Ah mereka tipu aku!” kata pencari kayu . “Ya, ada seekor
lagi di dalam sangkar.” Pencari kayu menangkap, ketua burung bayan
lalu pulang ke rumah.
-“Tolong, tolong! Jangan bunuh aku (2x),” ketua
burung bayan merayu. “Lepaskan aku (2x).”
- Pencari kayu, mengurung ketua burung bayan di dalam
sangkar.
- “Aku akan menyanyi dan menjadikan kamu kaya,”
kata ketua burung bayan kepada pencari kayu. Pencari kayu berasa amat gembira.
“Betul ke
kamu akan menjadikan aku seorang yang kaya-raya..hahahaha” Tanya
pencari kayu itu kepada ketua burung bayan.
Ting-ting3
…mari2 ….tuan-tuan dan puan-puan ….dengarkan persembahan , nyanyian burung bayan yang sangat merdu, di negeri pura cendana….ting3
- Ramai orang datang melihat persembahan nyanyian burung bayan
itu.Burung bayan itu menyanyi dengan merdu.
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu
Ha ha ha ha…
Ha ha ha ha…
Ku penghibur hati duka
Hilang , nestapa datang suka
Bintang, di balik awan senyum
Lalala… Lalala…
Lalala… Lalala…(2x)
-Orang ramai memberi wang dan barang-barang kepada pencari
kayu. Lama-kelamaan pencari kayu itu kaya.
-Pada suatu hari, Raja negeri Pura Cendana, menjemput pencari kayu ke istana. “Beta ingin melihat burung bayan yang pandai
menyanyi,”perintah Raja.
-“Suruh burung
bayan itu menyanyi dengan merdu”.
pura
cendana pura cendana
negeri aman dan sentosa (2x)
negeri aman dan sentosa (2x)
alam syah bana x2
nama seri paduka baginda (2x)
marilah berdoa kepada yang maha esa hai
moga-moga kita hoi jauh dari bahaya
pura cendana x2
negeri indah, serta subur
kerna sultannya (2x)
marilah berdoa kepada yang maha esa hai
moga-moga kita hoi jauh dari bahaya
pura cendana x2
negeri indah, serta subur
kerna sultannya (2x)
adil memerintah negeri
marilah berdoa kpd yang maha esa hai
moga moga kita hoi jauh dari bahaya
“Sungguh merdu suara burung bayan itu,”kata Raja. “Beta berasa sungguh gembira. Beta mahu beli burung itu,”
marilah berdoa kpd yang maha esa hai
moga moga kita hoi jauh dari bahaya
“Sungguh merdu suara burung bayan itu,”kata Raja. “Beta berasa sungguh gembira. Beta mahu beli burung itu,”
Pencari kayu ,menjual burung bayan itu kepada Raja. Dia
mendapat sekarung wang daripada Raja.
-Burung bayan itu tinggal di dalam sangkar yang besar dan
cantik. Setelah beberapa lama tinggal di istana, ia teringat kepada
rakan-rakannya.
-“Rindunya aku kepada rakan-rakanku.” Bisik
burung Bayan.
- Dia ingin mencari jalan untuk melepaskan diri.
- Pada suatu hari, burung bayan itu berpura-pura mati. Raja
berasa sangat sedih.
-Raja memerintah pengawalnya menanam bangkai burung bayan
itu di dalam taman. Apabila diletakkan di atas tanah, burung bayan itu pun
terbang melarikan diri ke dalam hutan.
Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua
teladan, bahawa setiap masalah yang kita
hadapi pasti ada jalan penyelesaian,
jika kita menggunakan akal seperti burung bayan tadi.