Flipbook.

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA MELAYU 2013

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 22 Februari 2013 di Dewan Bestari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

PENGENALAN :
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan  di Negara Malaysia.  Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah di negara ini.  Para  pelajar di Malaysia perlu mampu menggunakan Bahasa Melayu. dengan betul supaya dapat memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik. 
RASIONAL :
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
TEMA:
“Bahasa Jiwa Bangsa”

MATLAMAT :
Program Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

OBJEKTIF :
1. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu.
3. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik  bertunjangkan Bahasa Melayu.

Atur cara
Sesi Pagi
7.30 pagi
Murid berkumpul
di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi
Bacaan doa oleh
Ustaz Mansor Bin Kamis
8.00 pagi
Ucapan Penyelaras
Minggu Bahasa Melayu
Pn Hamidah Bt Hashim
8.10  pagi
Ucapan Perasmian Penutupan
Minggu Bahasa Melayu oleh 
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
8.20pagi
Persembahan
· Deklamasi Sajak
· Pidato 
8.35 pagi
Penyampaian Hadiah 
8.45 pagi
Bersurai

Thursday, February 28, 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pusat Sumber SK Bangsar telah melancarkan Program NILAM Peringkat Sekolah pada 28 Februari 2013 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Hiasan pentas

Buku Program
Juruacara Majlis - Pn Suzana Binti Md Nawawi dan Encik Norhazlesham
Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin Kamis
Cik Norhazalina binti Hashim- Penyelaras Program NILAM menyampaikan maklumat mengenai Program NILAM
Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2013.
Encik Mohd Ali dan Pn Norshafina menggunting setiap huruf NILAM sebagai simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM

Bunting Majlis Pelancaran NILAM
Penerima Anugerah NILAM Tahap Jauhari Gangsa
Penerima Anugerah NILAM Tahap Jauhari Gangsa , Perak, Emas dan NILAM
Tahniah buat Ain Nur Fitrah Bt Badrul Binti Badrul Hisham(417 buah buku),Aribah Bt Iskandar( 420 buah buku), Nur Siti Batrisya Bt Norazma (542 buah buku)dan Wan Nur Aina Bt Wan Muzamil Bt Wan Muzamil (402 buah buku).
Anugerah Gangsa
Sijil NILAM dan hadiah 
Hadiah Pameran Bertema "Tahun Baru Cina"
Hadiah pengunjung bertuah
Penyampaian hadiah Pameran Bertema "Tahun Baru Cina"-kuiz, mewarna dan pengunjung bertuah.
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/02/nama-pemenang-pameran-bertema-tahun.html

Pn Norhamizah Binti Omar- Guru Data NILAM Sesi Pagi
Ketua Guru NILAM Tahun 4- Pn Mary
Ketua Guru NILAM Tahun 5- Pn Suzy
Ketua Guru NILAM Tahun 6 - Pn Suzana Binti MD Nawawi
Persembahan Prasekolah- Nasyid bertajuk Assalamualaikum
Bacalah- Nyanyian dan sketsa
Persembahan Poem - Books (5 Dinamik)

Nyanyian lagu "Kawan Membaca"
Nyanyian lagu "NILAM"
Tentatif Pelancaran :
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/02/tentatif-pelancaran-program-nilam.html

Wednesday, February 27, 2013

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI


1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM  ANGKASAPURI”
2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penubuhan RTM Angkasapuri . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh  menimba ilmu teknologi penyiaran.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4,5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan kewartawanan.
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                              : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar 
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran- Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhammad
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid       
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                         : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
14 Mac 2013– Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
RTM Angkasapuri
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
 9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.40  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan  Bestari SK Bangsar
-       Ambil kehadiran murid
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
 8.00 pagi
Sarapan


3.
8.30 pagi
Bas bertolak ke RTM Angkasapuri


4.
8.45 pagi
Ketibaan
RTM Angkasapuri

5.
9.00  pagi
Taklimat mengenai RTM – oleh wakil RTM
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat Wisma TV
Literasi Maklumat
7.
11.00 pagi
Melawat Wisma Radio
Literasi Maklumat
8.
12.00 tengah hari
Sesi Soal Jawab
Literasi Maklumat
9.
12.30 tengah hari
Sesi Fotografi

10.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


11.
1.15 petang
Pulang ke SK Bangsar


 10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 250
RM 250.00
2
 Makanan
 dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang
=RM200.00
RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan –
 10 0rang murid
Tempat 1 x RM 50.00
= RM 50.00
Tempat 2 x RM 40.00
= RM 40.00
Tempat 3 x RM 30.00
 = RM 30.00
Tempat 4 x RM 20.00 = RM 20.00
RM 140.00
6.
 Dokumentasi
RM 10.00
RM 10.00


Jumlah
RM 600.00
11.0  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 
CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG 
Disediakan oleh,                                                                 

……………………………………..                                     
(NORHAZALINA BINTI HASHIM)                                                           
PENYELARAS 

PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU 2013

Buku Program


SURAT KEBENARAN LAWATAN KE RTM ANGKSAPURI

Alhamdulillah, surat kebenaran lawatan sambil belajar ke RTM Angkasapuri telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuesday, February 26, 2013

CARTA ORGANISASI PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2013

GURU PENASIHAT
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
PN NOR ASIAH BT BIDIN

PENGERUSI
 MUHD SYAHMI FAUZAN BIN SHAIFUL - 6 INISIATIF

NAIB PENGERUSI
 NABILAH AINA BT JAMALLUDDIN - 6 EFEKTIF

SETIAUSAHA
WAN NUR AINA BT WAN MUZAMIL –5 DINAMIK

BENDAHARI
NURFATINI SYAMIMI BT IBNOR HAJAR - 6 DINAMIK

AJK TAHUN 3
1.ZULAIKA NURUL AINI BT GHAZALI –3 DINAMIK
2. NUR KAMALIA MAISARAH BT MOHD ZAHAR – 3 DINAMIK
3. RINA REGINA BT ABU HANIFAH – 3 DIN
4.MUHD AIDIL IMRAN B. RAFIK – 3 DINAMIK
5. KHAIRIN IZZAN B. ADNAN – 3 EFEKTIF
AJK TAHUN 4 
1.NUR IFFAH SAHIRA BT JASRI - 4 EFEKTIF
2. NURUL ERNIE SHAMIMI BT MOHD NASRI - 4 INISIATIF
3. NUR AINAA SYAFIQAH BT MANSOR ADBI –4 DINAMIK
4. NUR KHAHIRAH BT ROSLAN - 4 DINAMIK
5. NUR ALIA ALESSA BINTI MOHD HAIROL AZHAR - 4 DINAMIK
AJK TAHUN 5
1. NUR SITIBATRISYA BT NORAZMAN - 5 DINAMIK
2. ADRIANA FARISYAH IMAN BT MOHD FAIRUZ –5 DINAMIK
3. AHMAD NUR ISFARHAN  - 5 FOKUS
4. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM –5 FOKUS
5. NUR HANIDA BINTI ZAKARIA - 5 INISIATIF
 AJK TAHUN 6
1.AIMI SOFIYAH BT UMAR - 6 INISIATIF
2. NUR KAMALIA BT BADLI SHAH - 6 DINAMIK
3. NURUL SYARINA BT BAHARUDDIN - 6 EFEKTIF
4. INTAN YASMIN BT MAZLAN - 6 INISIATIF
5. NURINA ATIQAH BT ZAMAN HURI - 6 EFEKTIF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...