Flipbook.

Wednesday, February 27, 2013

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI


1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM  ANGKASAPURI”
2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penubuhan RTM Angkasapuri . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh  menimba ilmu teknologi penyiaran.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4,5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan kewartawanan.
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                              : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar 
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran- Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhammad
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid       
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                         : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
14 Mac 2013– Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
RTM Angkasapuri
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
 9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.40  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan  Bestari SK Bangsar
-       Ambil kehadiran murid
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
 8.00 pagi
Sarapan


3.
8.30 pagi
Bas bertolak ke RTM Angkasapuri


4.
8.45 pagi
Ketibaan
RTM Angkasapuri

5.
9.00  pagi
Taklimat mengenai RTM – oleh wakil RTM
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat Wisma TV
Literasi Maklumat
7.
11.00 pagi
Melawat Wisma Radio
Literasi Maklumat
8.
12.00 tengah hari
Sesi Soal Jawab
Literasi Maklumat
9.
12.30 tengah hari
Sesi Fotografi

10.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


11.
1.15 petang
Pulang ke SK Bangsar


 10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 250
RM 250.00
2
 Makanan
 dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang
=RM200.00
RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan –
 10 0rang murid
Tempat 1 x RM 50.00
= RM 50.00
Tempat 2 x RM 40.00
= RM 40.00
Tempat 3 x RM 30.00
 = RM 30.00
Tempat 4 x RM 20.00 = RM 20.00
RM 140.00
6.
 Dokumentasi
RM 10.00
RM 10.00


Jumlah
RM 600.00
11.0  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 
CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG 
Disediakan oleh,                                                                 

……………………………………..                                     
(NORHAZALINA BINTI HASHIM)                                                           
PENYELARAS 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...