Flipbook.

Friday, January 25, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID-MURID TAHUN 2013 BAGI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PARLIMEN LEMBAH PANTAI

25 Januari 2013
9.00 Pagi
Dewan Bestari SK Bangsar
Backdrop
buku program

Pendaftaran oleh ibu bapa 
Kehadiran ibu bapa dan murid-murid
Bacaan doa
Ucapan Guru Besar Pn Che Norizam Binti Abdullah
Ucapan daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Pemberian bantuan khas awal persekolahan RM100

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersalaman dengan para ibu bapa dan murid.

Wednesday, January 23, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

24  Januari 2013-12 Rabiulawal 1434 Hijrah
Tema Sambutan Maulidur Rasul
 "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

JADUAL WAKTU PROGRAM NILAM SESI PAGI 2013

Program NILAM
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
Objektif :
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
Sumber : http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html

Tuesday, January 22, 2013

KAJIAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU

Guru-guru SK Bangsar yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bahagian Teknologi Pendidikan WP Kuala Lumpur sedang menjalankan KAJIAN SET KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU . Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran TMK dalam kalangan guru .
Semua guru dikehendaki menjawab semua soalan yang terkandung dalam soal selidik tersebut iaitu dengan melayari laman sesawang seperti di bawah ini:
PPW BANGSAR / PUDU - http://goo.gl/occga
GLOSARI - Sebagai panduan dalam mendapatkan penjelasan beberapa Istilah yang terdapat di dalam Kajian boleh dicapai di sini - http://goo.gl/H2JDf
Tarikh akhir pengisian soal selidik adalah pada 31 Januari 2013.
Kerjasama daripada anda amat dihargai.
Sumber : http://btpnkl.edu.my/

Sunday, January 20, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK, KERJA PSS DAN NILAM KALI PERTAMA 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Kerja PSS dan NILAM kali pertama 2013. 
Mesyuarat diadakan :
Tarikh : 21 Januari 2013
Hari : Isnin
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bangsar

Kehadiran :
1.    Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
2.    En Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
3.    Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
4.    Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
5.    Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
6.    Cik Norhazalina Binti Hashim
7.    Pn Nor Asiah Binti Bidin
8.    Pn Hamidah Binti Hashim
9.    Pn Haymalatha a/p M.Govindasamy
10. Pn Suzy Binti Mohamed
11. Pn Nurul Haya Binti Samsudin
12. Pn Zunaini Binti Husin
13. Encik Nordin Bin Samad
14. Pn Siti Nurfauzaliana Bt Abd Rajab
15. Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
16. Encik Norzaidi Bin Mohd Jubri
17. Cik Nurul Hayati Binti Bakar
18. Pn Vijaya Luxumy a/p K.S.S Maniam
19. Pn Mary Jessela Nathan
20. Encik Mohd Nazir Bin Majid
21. Pn Norsakinah Bt Md Shakri 
22. Pn Nik Nursuhada Bt Hamid 
23. Cik Suzana Binti Abdullah
24. Pn Zalina Binti Muhammad
25. Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
26. Encik Mansor Bin Kamis
27. Encik Irwan Dani Bin Sulaiman
28. Encik Zulkifli Bin Saad
29. Pn Wan Izyan Bt Wan Mahadi
30. Mazlizawatey Bt Mohd Zain
31. Pn Roslina Binti Sa’id
32. Pn Suzana Binti Md Nawawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...