Bersama Yayasan Anak Warisan Alam & Yayasan Salam Malaysia
Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Bestari
Atur cara
7.30 Pagi –P&P berjalan seperti biasa & tayangan video
10.30 Pagi– Bacaan doa
10.35 Pagi– Ucapan wakil Yayasan Anak Warisan Alam.
10.45 Pagi – Ucapan perasmian Tuan Hj.Nordin, Guru Besar SK.Bangsar
11.00 Pagi – Pelancaran kempen Alam Sekitar
11.10 Pagi – Tayangan Klip Video – Earth Song
11.30 Pagi - Pertandingan kutipan barang kitar semula
12.00 tgh – Aktiviti permainan kitar semula & Jualan Amal kitar semula
1.00 petang - Bersurai
Program kitar semula ini merupakan aktiviti kesedaran kepada warga SK Bangsar khususunya murid – murid bagi mendidik kita menyayangi bumi kita dengan melakukan aktiviti kitar semula.
Pelbagai aktiviti yang akan diadakan dan dibantu oleh NGO yang berpengalaman mengendalikan aktiviti bumi hijau di sekolah - sekolah dan komuniti seluruh Malaysia.
Dengan pendedahan seperti ini diharapkan dapat membantu SK Bangsar dan bumi Malaysia umumnya agar terus maju dengan pembangunan lestari.
Fakta kitar semula :
1. Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4360 tan sampah sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 78000 batang pokok. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita dengan mengamalkan kitar semula.
3.1 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan mentol 100 watt selama 4 jam.
4.Kitar semula tin aluminium dapat menjimatkan jumlah tenaga yang mampu menghidupkan televisyen selama 3 jam.