SK Bangsar telah dijemput untuk menyertai Karnival Permainan Tradisional pada 16 April 2011 yang bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu. Permainan tradisional yang diadakan ialah tuju tin, batu seremban, sepak raga dan dam haji. Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap permainan yang disediakan. Murid-murid dapat mengetahui maklumat dan peraturan permainan tradisional yang telah ditelan zaman. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menang dapat pertandingan tradisional. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada IPG Kampus Bahasa Melayu yang memberi layanan yang amat mesra.
Bas yang disediakan
Tiba di IPG Kampus Bahasa Melayu