LAPORAN
PENUH
KEM
MEMBACA 1 MALAYSIA 2014
1.0 TAJUK
PROGRAM
Kem Membaca 1 Malaysia 2014
2.0 TEMPOH
PELAKSANAAN
04-06 November 2014
3.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini
para pelajar akan dapat :
2.1.Mengisi masa lapang murid selepas
peperiksaan.
2.2.Menggerakkan program galakkan membaca.
2.3.Memupuk minat membaca secara
berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga
sepanjang hayat )
2.4.Mencungkil bakat melukis dan mewarna
kulit buku.
2.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan
dan memperkukuhkan
kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
5.0 AKTIVITI
PROGRAM
Aktiviti
|
Tarikh /AJK Pelaksana
|
|
3 November
2014
|
Sesi
Pagi
Mula :10.00 pagi hingga 10.33:34 pagi
Sesi
Petang
Mula : 2.00 pagi hingga 2.33:34 petang
Sasaran
: Semua Warga sekolah
|
4 November
2014
Tindakan
:
Sesi
Pagi
Guru
mata pelajaran tahun 4, 5 dan 6
Tindakan
:
Sesi
Petang
Guru
mata pelajaran
Perhatian: Guru Kelas pastikan murid
membawa buku cerita dan buku NILAM. Guru kelas boleh mengambil buku pinjaman
pukal di PSS. Sila catat rekod pinjaman pukal di kaunter.
|
Sesi
Pagi - 9.00- 10.00 pagi
Sesi
Petang 1.30 – 2.30 petang
|
4 November 2014
Tempat : PSS
Sesi Pagi
Cik
Norhazalina
En
Mohd Zulkarnain
Pn
Zalina
Sesi Petang
Cik
Rafeah
Cik
Ani Syaliza
Encik
Zulkifli
|
|
5 November 2014
Tempat : PSS
Sesi Pagi
Cik
Norhazalina
En
Mohd Nazir
Sesi Petang
|
4 – 5
November 2014
|
Tempat
:
Tapak
Perhimpunan
Pengawas
PSS
|
6.0
KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
7.0
IMPAK
7.1 Mendapat kerjasama daripada
AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca
1 Malaysia.
7.2 Murid dapat mengcungkil bakat
melukis kartun melalui Bengkel Lukisan Bersama
Uneh
7.3 Murid dapat mengcungkil bakat
menulis dalam pembelajaran Bahasa
Melayu Bengkel
Penulisan Bersama Dr. Bubble
78.4 Murid
dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.
7.5 Murid mendapat pengalaman baru
membeli buku-buku kegemaran melalui
Jualan Buku - Mobilebookcafe
8.0
LAPORAN
Taklimat
Kem Membaca 1 Malaysia telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazir Bin Majid pada 3
November 2014. Beliau menerangkan aktiviti sepanjang aktiviti Kem Membaca 1
Malaysia. Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa pertandingan
antaranya Membaca senyap secara serentak Bersama Selama 2014
saat bersamaan 33 minit 34 saat ( serentak di seluruh Negara ), Bengkel
Lukisan Bersama Uneh, Bengkel
Penulisan Bersama Dr. Bubble dan juga Jualan Buku – Mobilebookcafe
Jualan buku secara Mobilebookcafe memberi satu
pengalaman baru kepada guru-guru dan juga murid untuk mendapatkan buku-buku
pilihan. Selain memudahkan urusan pembelian ianya dilihat amat mesra pengguna,
sekurang-kurangnya menjimatkan masa dan tenaga untuk ke kedai buku yang berada
di luar sana.
Bengkel mewarna bengkel bersama Uneh telah
diadakan pada 4 November 2014 di Pusat Sumber SK Bangsar pada pukul 9.00-10.00
pagi (Sesi pagi) dan 1.30 -2.30 petang bagi sesi petang. Seramai 27 murid sesi
pagi dan 33 orang murid sesi petang telah menyertai bengkel ini. Guru yang
terlibat sama dalam aktiviti ini ialah Encik Mohd Zulkarnain, Cik Rafeah dan
Encik Zulkifli. Peserta bengkel diberi penerangan teknik mewarna cara yang
betul.
Bengkel menulis bersama Dr. Lat diadakan di
Pusat Sumber SK Bangsar pada 5 November 2014. Bengkel ini disertai seramai 33
orang murid tahap 2. Dr Lat memperkenalkan buku Siri Dr. Bubbles dan
menceritakan pengalaman beliau melukis dan menulis buku. Seorang murid telah
diberi peluang melukis.Soalan kuiz dan cenderahati telah diberi. Dr. Lat telah
memberi 4 buah buku Siri Bubbles yang telah ditandatangani oleh Dr. Lat.
Majlis penutup Kem Membaca 1 Malaysia telah
diadakan pada 6 November 2014 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis
penutup KM1M telah dirasmikan oleh Pn Norshafina Binti Yasak GPK HEM. Murid
prasekolah telah membuat persembahan nyanyian dan gerakan. Panitia Bahasa
Inggeris telah membuat persembahan ,Panitia Bahasa Melayu telah mempersembahkan
“Ragam Bahasa” dan murid prasekolah membuat persembahan nyanyian dan gerakan.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn
Norshafina Binti Yasak. Pembaca terbanyak dan kelas terbaik NILAM telah diberi
anugerah. Majlis penutup KM1M diakhiri dengan nyanyian “Membaca Gaya Wawasan”.
Para
Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan
sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.
9.0 PENUTUP
Program Kem Membaca 1 Malaysia ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan
terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk
minat membaca dikalangan warga SK
Bangsar.
Semoga program ini menjadi pemangkin
kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan pelajar.
10.0
LAMPIRAN
10.1 Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.
10.2 Nama Anugerah NILAM 2014 , peserta Bengkel Mewarna
Bersama Uneh dan Bengkel Menulis Bersama Dr Lat- Buku Cerita Siri Dr Bubbles.