Saturday, December 20, 2014

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

LAPORAN PENUH
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2014
1.0 TAJUK PROGRAM
Kem Membaca 1 Malaysia 2014
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
04-06 November 2014
3.0 TEMPAT
  Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :        
2.1.Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
2.2.Menggerakkan program galakkan membaca.
2.3.Memupuk minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga 
       sepanjang hayat )
2.4.Mencungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku.
2.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan
kemahiran maklumat dalam kalangan  murid.

5.0      AKTIVITI PROGRAM
Aktiviti
Tarikh /AJK Pelaksana
  1. Taklimat Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia oleh Encik Mohd Nazir Bin Majid
3 November 2014
  1. Membaca senyap secara serentak Bersama Selama 2014 saat bersamaan 33 minit 34 saat ( serentak di seluruh Negara )
Sesi Pagi
Mula :10.00 pagi hingga 10.33:34 pagi
Sesi Petang
Mula : 2.00 pagi hingga 2.33:34 petang
Sasaran  :     Semua Warga sekolah
4     November 2014
Tindakan :
Sesi Pagi
Guru mata pelajaran tahun 4, 5 dan 6
Tindakan :
Sesi Petang
Guru mata pelajaran
Perhatian: Guru Kelas pastikan murid membawa buku cerita dan buku NILAM. Guru kelas boleh mengambil buku pinjaman pukal di PSS. Sila catat rekod pinjaman pukal di kaunter.

  1. Bengkel Lukisan Bersama Uneh

Sesi Pagi - 9.00- 10.00 pagi

Sesi Petang  1.30 – 2.30 petang


 4 November 2014
Tempat : PSS
Sesi Pagi
Cik Norhazalina
En Mohd Zulkarnain
Pn Zalina
Sesi Petang
Cik Rafeah
Cik Ani Syaliza
Encik Zulkifli
  1. Bengkel Penulisan Bersama Dr. Bubble
5 November 2014
Tempat : PSS
Sesi Pagi
Cik Norhazalina
En Mohd Nazir
Sesi Petang
  1.  Jualan Buku – Mobilebookcafe
4 – 5 November 2014
Tempat :
Tapak Perhimpunan
Pengawas PSS



















6.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
7.0      IMPAK
7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca 1 Malaysia.
7.2 Murid dapat mengcungkil bakat melukis kartun  melalui Bengkel Lukisan Bersama 
 Uneh
7.3 Murid dapat mengcungkil bakat menulis dalam pembelajaran Bahasa
  Melayu Bengkel Penulisan Bersama Dr. Bubble
      78.4 Murid dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.
 7.5 Murid mendapat pengalaman baru membeli buku-buku kegemaran melalui 
            Jualan Buku - Mobilebookcafe
8.0      LAPORAN
           Taklimat Kem Membaca 1 Malaysia telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazir Bin Majid pada 3 November 2014. Beliau menerangkan aktiviti sepanjang aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia. Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa pertandingan antaranya Membaca senyap secara serentak Bersama Selama 2014 saat bersamaan 33 minit 34 saat ( serentak di seluruh Negara ), Bengkel Lukisan Bersama Uneh, Bengkel Penulisan Bersama Dr. Bubble dan juga Jualan Buku – Mobilebookcafe
Jualan buku secara Mobilebookcafe memberi satu pengalaman baru kepada guru-guru dan juga murid untuk mendapatkan buku-buku pilihan. Selain memudahkan urusan pembelian ianya dilihat amat mesra pengguna, sekurang-kurangnya menjimatkan masa dan tenaga untuk ke kedai buku yang berada di luar sana.
Bengkel mewarna bengkel bersama Uneh telah diadakan pada 4 November 2014 di Pusat Sumber SK Bangsar pada pukul 9.00-10.00 pagi (Sesi pagi) dan 1.30 -2.30 petang bagi sesi petang. Seramai 27 murid sesi pagi dan 33 orang murid sesi petang telah menyertai bengkel ini. Guru yang terlibat sama dalam aktiviti ini ialah Encik Mohd Zulkarnain, Cik Rafeah dan Encik Zulkifli. Peserta bengkel diberi penerangan teknik mewarna cara yang betul.
Bengkel menulis bersama Dr. Lat diadakan di Pusat Sumber SK Bangsar pada 5 November 2014. Bengkel ini disertai seramai 33 orang murid tahap 2. Dr Lat memperkenalkan buku Siri Dr. Bubbles dan menceritakan pengalaman beliau melukis dan menulis buku. Seorang murid telah diberi peluang melukis.Soalan kuiz dan cenderahati telah diberi. Dr. Lat telah memberi 4 buah buku Siri Bubbles yang telah ditandatangani oleh Dr. Lat.
Majlis penutup Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 6 November 2014 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis penutup KM1M telah dirasmikan oleh Pn Norshafina Binti Yasak GPK HEM. Murid prasekolah telah membuat persembahan nyanyian dan gerakan. Panitia Bahasa Inggeris telah membuat persembahan ,Panitia Bahasa Melayu telah mempersembahkan “Ragam Bahasa” dan murid prasekolah membuat persembahan nyanyian dan gerakan.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Norshafina Binti Yasak. Pembaca terbanyak dan kelas terbaik NILAM telah diberi anugerah. Majlis penutup KM1M diakhiri dengan nyanyian “Membaca Gaya Wawasan”.
Para Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.

9.0    PENUTUP
            Program Kem Membaca 1 Malaysia  ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  warga SK Bangsar.
            Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  pelajar.
10.0     LAMPIRAN
10.1  Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.
10.2 Nama Anugerah NILAM 2014 , peserta Bengkel Mewarna Bersama Uneh dan Bengkel Menulis Bersama Dr Lat- Buku Cerita Siri Dr Bubbles.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...