Flipbook.

Saturday, June 9, 2012

LAPORAN PAMERAN BERTEMA MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

LAPORAN PENUH BERTULIS
1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Pameran Bertema Makanan Tradisional Malaysia 
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 23 April – 4 Mei 2012 
3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
4.1  memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang makanan tradisional di Malaysia.
4.2 mengenali jenis-jenis makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia.
4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
4.4 memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.
5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                       : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                       : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                      : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                     : Cik Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha            : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari                       :  Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera                     :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK           Hadiah           : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                            Pn Zalina Binti Mohamad
Sudut Pameran dan      : Siti Nurfatihah Binti Zakaria,
Permainan                        Radhiah Binti Yunus
                                            Muhammad Faiz Bin Mohd Amir.
                                            Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1  Gambar makanan tradisional.
6.2  Maklumat mengenai  makanan dari segi asal-usul.
6.3  Soalan kuiz terkumpul
6.4  Pengunjung bertuah
6.5  Makanan tradisional
6.6  Pertandingan mewarna makanan tradisional
6.7  Pameran buku berkaitan makanan tradisional
6.8  Permainan
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           23 April – 4 Mei 2012
23 April 2012 - Sesi Soal Jawab- door gift kepada 10 murid terawal datang.
24 April 2012 - Kuiz
25 April 2012 - Permainan board
26 April 2012 - Sesi mencuba makanan
27 April 2012 - Tayangan video
30 April 2012 - Permainan Board
2 Mei 2012 - Sesi mencuba makanan
3 Mei 2012 - Kuiz dan pertandingan mewarna
4 Mei 2012 - Tayangan video
7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
8.0      IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran
      Bertema Makanan Tradisional Malaysia.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali nama-nama makanan tradisional
melalui pertandingan mewarna.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
8.4 Murid dapat merasai makanan tradisional yang diberi secara percuma.
8.5 Murid menyertai permainan yang diadakan di Pusat Sumber pada waktu rehat.
9.0      LAPORAN
Pameran Bertema Makanan Tradisional diadakan pada 23 April – 4 Mei 2012. Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Makanan Tradisional di Malaysia telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai Makanan Tradisional Di Malaysia. Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna makanan tradisional di Malaysia. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui dan mengenai nama makanan dan mewarna mengikut gambar makanan yang diberi..
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai lokasi, sejarah ,budaya dan resepi makanan tradisonal yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.
Pada waktu rehat, murid-murid diberi merasai makanan tradisional yang diberi percuma kepada pengunjung bertuah ke Pusat Sumber. Murid-murid ditemu ramah mengenai makanan yang mereka rasa.
Permainan Board telah diadakan pada 25 dan 30 April.  Murid-murid diberi peluang untuk mencuba menyertainya. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab soalan mengenai makanan tradisional yang diketahui. Permainan teka makanan juga diadakan. Murid akan melukis makanan tradisional manakala rakan ahli kumpulan akan menjawab. Tayangan video makanan tradisional di Malaysia telah diadakan pada 27 April dan 4 Mei 2012 di Bilik Media.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2012  semasa Majlis Penutup Projek Together We Learn, Together We Serve yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar.
10.0PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui pelbagai jenis makanan tradisional di Malaysia.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna makanan tradisional di
Malaysia dan kuiz.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Pamera Bertema Makanan Tradisional di Malaysia

Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS
LAMPIRAN BERGAMBAR -
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2012/05/laporan-pameran-bertema-makanan.html
LAMPIRAN NAMA PEMENANG -
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2012/05/pemenang-pameran-bertema-makanan.html

Friday, June 8, 2012

HARI LAUT SEDUNIA

 Hari Lautan Sedunia bermula pada 8 Jun, 1992 semasa Kemuncak Bumi -(Earth Summit) di Rio de Janeiro, Brazil. Namun, ini bukan suatu hari cuti sekular yang diiktiraf secara rasmi oleh PBB untuk masa kini.
     Hari Lautan Sedunia merupakan peluang setiap tahun bagi menghormati lautan dan hasil yang didapati darinya, seperti makanan laut, juga haiwan laut yang dibela dalam akuarium dan sebagai haiwan belaan. Lautan turut menjadi laluan laut bagi perdagangan antara bangsa. Pencemaran sejagat dan terlebih guna ikan telah menyebabkan pengurangan mengejut kebanyakan spesies hidupan laut.
Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Lautan_Sedunia

Thursday, June 7, 2012

HADIAH NILAM BULAN MEI 2012

RAKAN PEMBACA DAN ANUGERAH GANGSA- MEI
1.  NUR SITI BATRISYA BINTI NORAZAMAN – 4 EFEKTIF (170 BUAH BUKU)
2. NUR KAMALIA BT BADLI SHAH – 5 DINAMIK (126 BUAH BUKU)
3. FITRI NUR FAIZAH BT ABDUL RAHMAN - 4 EFEKTIF (102 BUAH BUKU)
4. NUR AINA SOFEA BT SAMSUL IRWAN - 4 FOKUS (119 BUAH BUKU)
5. NURUL ILYANA BT MISERANG - 4 FOKUS (102 BUAH BUKU)
6. AIDINI DESFA REZA BT MAT GAZALI - 5 DINAMIK (102 BUAH BUKU)
7. NURUL HAFEZAH BINTI NOR AZMEE – 4 EFEKTIF (102 BUAH BUKU)
8. TENGKU NUR AIN NATASHA BT TENGKU AHMAD - 4 EFEKTIF ( 100 BUAH BUKU)
9. KHAIRUNNISA BINTI AHMAD KHAIRUL – 4 DINAMIK  (183 BUAH BUKU)
RAKAN PEMBACA , ANUGERAH GANGSA,PERAK,  
1.WAN NUR AINA BT WAN MUZAMIL - 4 DINAMIK (226 BUAH BUKU)
RAKAN PEMBACA , ANUGERAH GANGSA,PERAK, EMAS
1.ARIBAH BINTI ISKANDAR - 5 DINAMIK (354 BUAH BUKU)

HADIAH PROGRAM NILAM 2012

HADIAH NILAM SK BANGSAR

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. 
Sumber : http://bibliografi.moe.edu.my/sumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html

Tiga elemen Program NILAM
- Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
- Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
- Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Program NILAM di SK Bangsar bermula bulan Januari - Oktober 2012 bagi murid Tahun 2-6, manakala murid Tahun 1 bermula pada bulan Jun 2012.
 
RAKAN PEMBACA
Murid yang telah membaca dan menulis maklumat buku yang dibaca dalam buku NILAM sebanyak 100 buah buku
ANUGERAH GANGSA
ANUGERAH PERAK
ANUGERAH EMAS
ANUGERAH NILAM
ANUGERAH GANGSA
Murid yang telah membaca dan menulis maklumat buku yang dibaca sebanyak 90-179 buah buku ke dalam buku NILAM
ANUGERAH PERAK
Murid yang telah membaca dan menulis maklumat buku yang dibaca sebanyak 180- 269 buah buku ke dalam buku NILAM
ANUGERAH EMAS
Murid yang telah membaca dan menulis maklumat buku yang dibaca sebanyak 270- 359buah buku ke dalam buku NILAM
ANUGERAH NILAM
Murid yang telah membaca dan menulis maklumat buku yang dibaca sebanyak 360 buah buku ke dalam buku NILAM
Contoh Sijil Penghargaan NILAM 2012

Wednesday, June 6, 2012

MEJA MAKLUMAT DI PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Tema sayur-sayuran
Tema pakaian tradisional Malaysia, bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...