Flipbook.

Saturday, March 6, 2010

Laporan Sambutan Maulidur Rasul 2010

Laporan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah
6 Mac 2010 (Sabtu)
8.00 Pagi

Dewan Bestari SK Bangsar

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Bestari. Murid-murid telah berkumpul di dewan dan khemah yang disediakan. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis oleh Encik Mohd Nazir B. Majid dan Cik Norhazalina Binti Hashim. Seterusnya bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Abd Rahim. Bacaan surah diketuai oleh Ustaz Sabri Che Bedolah selaku Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam bersama-sama guru-guru lelaki. Tuan Haji Nordin Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan.Kemudian murid-murid berselawat dan berarak mengikut kelas dengan membawa sepanduk. Pertandingan sepanduk dan perarakan telah diadili oleh En Ismail B. Ahmad GPK Kokurikulum dan Cik Suzana Bt Abdullah. Tuan Haji Nordin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang sepanduk dan perarakan terbaik bagi sesi pagi dan petang.Pemenang bagi sesi pagi tempat pertama Kelas 5 Inovatif, tempat kedua 5 Inisiatif , da tempat ketiga Kelas 6 Proaktif. Manakala bagi sesi petang ialah tempat pertama kelas 4 Dinamik, tempat kedua 4 Inisiatif dan tempat ketiga kelas 3 Inisiatif. Majlis diakhiri dengan selawat dan pengagihan makanan.

Juruacara Sambutan Maulidur Rasul-

En Mohd Nazir B. Majid dan Cik Norhazalina Binti Hashim Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abd Rahim

Bacaan Surah Yassin


Ucapan Guru Besar - Tuan Haji Nordin Bin Yaman
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

Sepanduk Kelas 6 Proaktif

Pertandingan Sepanduk dan perarakan

Sesi Pagi kelas 5 Inisiatif

Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar

Umat Islam perlu mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad SAW iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang unggul dan terbaik untuk diteladani.

Wednesday, March 3, 2010

Latihan Kebakaran

Tarikh : 4 Mac 2010
Latihan Kebakaran
Tempat : Dataran Perhimpunan

Tuesday, March 2, 2010

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS Sesi 2010

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2010
1 Mac 2010 (Isnin)
7.40 pagi
Dewan Bestari SK Bangsar

Sunday, February 28, 2010

Laporan Pameran Bertema "Wilayah Persekutuan"

Tarikh : 2 - 25 Februari 2010
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar

Murid-murid membaca maklumat sejarah bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...