Flipbook.

Tuesday, July 27, 2010

Percubaan UPSR

Percubaan UPSR
Tarikh : 27 - 29 Julai 2010
Selamat menempuh peperiksaan
Buat yang terbaik.

Sunday, July 25, 2010

LAWATAN KE FRIM

Masa : 7.00 pagi hingga 2 petang

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia (FRIM) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.Fungsi FRIM adalah di bawah garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB). MFRDB telah diwujudkan di bawah Akta MFRDB 1985, hasil daripada penyusunan semula Institut Penyelidikan Hutan (FRI). FRI pada asalnya adalah sebuah unit di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertukar menjadi sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM). FRIM adalah bertanggungjawab kepada MFRDB yang diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Utama.
Pada 24 Julai 2010 (Sabtu) Sekolah Kebangsaan Bangsar telah menerima jemputan daripada CIMB untuk pergi ke FRIM. Seramai 80 orang murid tahun 4 serta 5 dan 10 orang guru pengiring. Tepat pada pukul 7.00 pagi murid-murid berkumpul di Plaza Pantai. Encik Ismail Bin Ahmad selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah memberi taklimat ringkas. Kami semua telah dijamukan sarapan pagi di Plaza Pantai iaitu mehun goreng, kuih seri muka dan karipap serta air teh O panas. Pihak CIMB telah memberi cenderahati berupa beg, topi, alat tulis, air mineral, coklat dan tuala.Sebelum bertolak murid-murid dibahagiakan kepada 4 kumpulan. Seramai 50 orang wakil daripada CIMB membantu mengiringi murid-murid. Tepat pada pukul 8.30 pagi bertolak ke FRIM.
Tiba di FRIM pada pukul 9.15 pagi. Murid-murid, guru dan wakil CIMB telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Wakil daripada FRIM memberi penerangan ringkas mengenai sejarah ringkas sejarah FRIM. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang wakil FRIM yang membawa para peserta melawat kawasan sekitar FRIM. Murid-murid melihat 2 ekor ikan naga betina dan seekor ikan naga jantan di tasik. Murid-murid begitu teruja melihat aksi dan rupa ikan naga yang besar berenang-renang di tasik. Kami telah dibawa meredah hutan. Wakil FRIM telah memberi taklimat ringkas nama-nama pokok dan kegunaan serta khasiat sesuatu pokok. Selepas itu, kami melawat ke Galeria FRIM. Di dalam Galeria FRIM terdapat sejarah dan maklumat mengenai perhutanan dan kegunaan dari segi perubatan.
Akhirnya kami dijamukan makanan tengah hari iaitu nasi tomato, ayam masak merah, daging masak kari, acar timun nenas, buah pisang dan sarsi. Setelah menikmati makan tengah hari kami melawat kedai cenderahati. Kami bertolak pulang pada pukul 1.15 petang dan selamat sampai di Plaza Pantai pada pukul 2.00 petang. Pihak Sekolah Kebangsaan Bangsar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak CIMB yang sudi menaja murid-murid serta guru-guru ke FRIM. Banyak ilmu perhutanan yang diperolehi.
Murid berkumpul di Plaza PantaiMurid-murid mendengar taklimat ringkas sebelum bertolak ke FRIMSarapan pagi yang disediakan oleh pihak CIMB- Mehun goreng, kuih seri muka, karipap dan air teh o panasSarapan pagi di Plaza PantaiMurid-murid menaiki bas yang disediakan oleh pihak CIMBTiba di FRIMMurid-murid diberi taklimat ringkas mengenai FRIM oleh wakil FRIMIkan Naga
Pokok Jari Hantu akan bersinar pada waktu malam bila terkena sinaran bulan.Pokok Simpoh GajahPemandangan indah Pokok KapurPokok Kembang semangkukCendawanMurid-murid melihat keindahan pemandangan pokok kapurPemandangan atas pokok kapur - daunnya boleh digunakan untuk menghalau nyamukWakil FRIM memberi menerangan mengenai kegunaan sesuatu jenis pokokGetah Pokok Jelutung boleh dibuat gula-gula getah dan kayunya dibuat penselPokok JelutungMurid merasa getah pokok jelutungMeredah hutanPokok rotanMurid-murid mencatat maklumat penerangan mengenai pokok oleh wakil FRIMPokok LangkapSetelah meredah hutanMuzium FRIMPokok keranjiMurid-murid menggunakan kemudahan elektronik untuk mendapatkan maklumatAlat tenunan songketBubu
Hutan Paya bakauHasil bahan herbaBergambar bersama kumpulan 1 diketuai oleh Pn Masrina dan Cik Norhazalina di sudut pameran serangga dalam Muzium FRIMPameran Serangga

Hasil daun-daun yang telah dikeringkan.

Murid-murid beratur mengambil makanan
Makanan yang disediakan ialah nasi tomato, ayam masak merah, acar timun nenas, daging masak kari, buah pisang dan air sarsi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...