Flipbook.

Saturday, November 3, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN SK BANGSAR 2012

Jamuan akhir tahun SK Bangsar telah diadakan pada 3 November 2012 di Saloma Bistro Jalan Ampang.
Tema

makan-makan


HARI KANAK-KANAK 2012

2 November 2012- SK Bangsar telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
Hiasan pentas
Ucapan Ketua Murid




Friday, November 2, 2012

FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK

SK Bangsar telah dijemput untuk menyertai Festival Sastera Kanak-kanak pada 1 November 2012. Festival ini diadakan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianjurkan oleh pihak Kota Buku.
Cik Norhazalina selaku ketua rombongan bersama 30orang murid  yang terpilih menyertai Festival Sastera Kanak-kanak di Universiti Malaya.
Guru pengiring - Pn Zalina Muhammad, Encik Mohd Nazir,Encik Mohd Zulkarnain dan Encik Zulkifli Saad (Jurukamera)
Bergambar di hadapan Festival Sastera Kanak-kanak di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Pentas Teater Sastera Kanak-kanak
Puteri ditemu ramah oleh juruacara program mengenai buku cerita yang minat dibaca.
Persembahan teater muzikal
Murid-murid mendengar taklimat penulis mengenai hasil penulisannya.
 Fatihah dan Aida diberi peluang mewarna watak katak dan kucing
Murid mempelajari program komputer yang terdapat di pameran.

Tuesday, October 30, 2012

BENGEL KHIDMAT BANTU HARI KEDUA 2012

Hari kedua Bengkel Khidmat Bantu pada 30 Oktober 2012. Bengkel ini telah dibantu oleh Cikgu Mohd Nazir, Cikgu Zuklifli dan Puan Zalina serta Pengawas Pusat Sumber Tahun 4,5 dan 6.Aktiviti pada hari ini ialah mengubah suai sudut fiksyen Bahasa Inggeris, sudut bacaan guru dan sudut santai.
membaik pulih rak buku kayu oleh Cikgu Zulkifli dan Cikgu Mohd Nazir

pengasingan buku fiksyen Bahasa Inggeris untuk memudahkan pemindahan rak besi dan kayu di lokasi baru.
Ubah suai sudut bacaan guru







BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012

Pusat Sumber SK Bangsar bersama 5 buah sekolah (SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Seri Bintang Utara, SMK Batu Muda, SK Desa Pandan, dan SK Seri Bintang Utara)di Kuala Lumpur telah terpilih untuk Khidmat Bantu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur. Pusat Sumber SK Bangsar mewakili PKG Bangsar. Pihak penganjur memberi bantuan dari segi makanan dan pencetakan bahan. Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu selama 2 hari (29-30 Oktober 2012). Peserta bengkel terdiri daripada Pn Zalina Mohamad, Encik Zulkifli Bin Saad, Cik Norhazalina serta 7 orang Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar tahun 4 dan 6. Pihak BTPNKL dan PKG Bangsar telah datang melawat serta mengambil gambar dan membuat rakaman video semasa sesi bengkel.
Wan Nur Aina memproses buku baru dalam sistem automasi S-Lib.
Pengawas Pusat Sumber mengemas dan menyusun semula buku di rak bacaan guru.
Cikgu Zulkifli mengalihkan sudut pameran ke lokasi yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...