Flipbook.

Thursday, April 18, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Seramai 40 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 18 April 2013. Guru pengiring diketuai oleh Cik Norhazalina Binti Hashim, Puan Zalina, Encik Zulkifli Saad dan Encik Mohd Zulkarnain Nordin.
Murid diberi sarapan pagi mihun, sandwich dan air mineral
 Para peserta lawatan mendengar taklimat ringkas daripada Cikgu Mohd Zulkarnain
Murid beratur menaiki bas.

Selamat tiba di PPAS
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Murid mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Encik Ismail menerangkan sejarah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PPAS
Tekun mendengar taklimat
Melawat bahagian Selangor Info
Koleksi bahan-bahan berkaitan negeri Selangor terdapat di sini. Hanya pelawat dan penyelidik dibenarkan masuk untuk melihat koleksi negeri Selangor.
Menuju ke Laman Ilmu aras 4
Teater 3D
Menunggu giliran untuk masuk ke Teater 6D. Bayaran masuk RM10 tetapi kami diberi diskaun hanya membayar RM7.00 sahaja. Ketinggian 140cm sahaja yang boleh masuk ke Teater 6D. Hanya 6 orang sahaja untuk satu tayangan yang mengambil masa dalam 5 minit.
Zon Kreatif- Bahagian bacaan kanak-kanak
Murid-murid diberi peluang menggunakan kemudahan ICT di Zon Kreatif
Murid diberi peluang membuat rakaman pembaca berita
Di bawah pohon yang rendang
Cenderahati daripada Pusat Sumber SK Bangsar buat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Terima kasih segala layanan yang amat baik. Moga lawatan ini akan memberi ilmu sains perpustakaan kepada para peserta lawatan.
Murid menikmati makan tengah hari di Cafe PPAS
Bergambar di depan PPAS
Gambar lain boleh layari :






Sunday, April 14, 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bangsar telah mengadakan aktiviti Merentas Desa pada 13 April 2013. Murid Tahap 2 telah terlibat dalam aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Sabri Bin Che Bedolah. Guru Besar SK Bangsar Pn Che Norizam Bt Abdullah telah menyampaikan ucapan dan merasmikan Merentas Desa Peringkat Sekolah.Seterusnya senamrobik yang diketuai oleh Pn Norlaili Aziz bersama guru-guru, AJK PIBG dan murid-murid. Rumah biru dilepaskan dahulu diikuti rumah hijau, merah kuning dan ungu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar...
Pendaftaran

Senamrobik

mula
Penamat
Markah kad peserta
Pencatat pemenang
10 orang pemenang setiap kategori dan rumah
pingat untuk para pemenang
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum menyampaikan pingat kepada para pemenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...