Flipbook.

Saturday, June 16, 2012

KURSUS MOTIVASI TRANSFORMASI TAHUN 6


PROGRAM TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN ANJURAN BERSAMA UNIT KECEMERLANGAN UPSR DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2012
  
PENDAHULUAN

Program Transformasi Ke Arah Kecemerlangan ini dirancang khas sebagai tindakan susulan bagi kesinambungan Program Anak Angkat Tahun 6 sesi 2012 serta. Memandangkan anak-anak angkat serta murid-murid cemerlang Tahun 6 masih kekurangan keyakinan diri, percaya pada diri sendiri, semangat setia kawan dan motivasi, mereka perlu dibimbing supaya mereka dapat menunjukkan suatu anjakan paradigma terutama dalam peperiksaan UPSR yang akan datang tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri terutama dalam meluahkan pendapat serta idea dan sekaligus mengenal pasti hala tuju kehidupan.

RASIONAL

1.      Program ini akan dijadikan platform di kalangan peserta bagi meningkatkan tahap keyakinan diri untuk menempuh cabaran di masa akan datang.
2.      Memupuk semangat yakin pada diri sendiri dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian akademik serta ko-akademik.
3.      Menyemai semangat kerjasama di kalangan peserta bagi mewujudkan suasana memimpin dengan lebih efektif.
4.      Memberi pendedahan kepada suasana sebenar bagi merangsang minat belajar di kalangan peserta.

OBJEKTIF/MATLAMAT

1.      Peserta akan didedahkan dengan ciri-ciri pelajar yang berwawasan serta berkeyakinan melalui aktiviti dan ceramah motivasi yang dirancangkan.
2.      Memberi peluang kepada peserta untuk mewujudkan semangat kerjasama seterusnya peserta akan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
3.      Tahap pelajaran dapat ditingkatkan bersama keyakinan melalui aktiviti yang dirancang.
4.      Dapat menerapkan keupayaan memimpin kepada peserta-peserta.

SASARAN PESERTA

1.      Anak-anak angkat kumpulan Elite.
2.      Murid-murid Tahun 6 (Cemerlang)
3.      Jumlah peserta seramai 100 orang murid dan 20 orang guru.

TARIKH/JANGKAMASA16 Jun 2012 ( Sabtu )

TEMPATDewan Sekolah Kebangsaan Bangsar

JADUAL PROGRAM TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN 2012 (KEYAKINAN DIRI KUNCI TAMADUN TERBILANG)

Tarikh              : 16 Jun 2012
Hari                 : Sabtu
Tempat            : Dewan SK Bangsar


MASA
AKTIVITI
7.00 – 7.30 pg
Pendaftaran, agihan kumpulan dan sarapan.
7.30 – 8.00 pg
Bacaan doa dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Bangsar
Pn. Che Norizam bt Abdullah.
8.00 – 9.00 pg
‘Ice Breaking’ (Keyakinan Diri Dan Kesedaran Untuk Berjaya)
9.00 – 10.30 pg
Latihan Dalam Kumpulan 1 “ Aktiviti Membina Keyakinan Diri ”
10.30 – 11.00 pg
REHAT / MINUM PAGI
11.00 – 1.00 tgh
Latihan Dalam Kumpulan 2 “ Aktiviti Membentuk Pelajar Cemerlang ”
1.00 – 1.30 ptg
Penutup dan penyampaian hadiah.
1.30 – 2.00 ptg
Makan tengahari dan bersurai.

PENUTUP

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung di atas kerjasama yang diberikan. Diharap program ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar serta membuahkan hasil yang kita inginkan.



Tuesday, June 12, 2012

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH NILAM MEI 2012

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 Jun 2012 yang telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar di Dataran Perhimpunan.
Anugerah Rakan Pembaca
Anugerah Gangsa
Anugerah Perak

SURAT KEBENARAN LAWATAN KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SELANGOR

11 Jun 2012- Surat kebenaran lawatan sambil belajar ke Kumpulan Media Karangkraf telah diterima daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diterima. Tindakan seterusnya memberi surat kebenaran ibu bapa, menempah bas, makanan, minuman dan hadiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...