PROGRAM TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN ANJURAN
BERSAMA UNIT KECEMERLANGAN UPSR DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2012
PENDAHULUAN
Program Transformasi Ke Arah Kecemerlangan ini
dirancang khas sebagai tindakan susulan bagi kesinambungan Program Anak Angkat
Tahun 6 sesi 2012 serta. Memandangkan anak-anak angkat serta murid-murid
cemerlang Tahun 6 masih kekurangan keyakinan diri, percaya pada diri sendiri,
semangat setia kawan dan motivasi, mereka perlu dibimbing supaya mereka dapat
menunjukkan suatu anjakan paradigma terutama dalam peperiksaan UPSR yang akan datang
tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, Program ini bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan diri terutama dalam meluahkan pendapat serta idea dan
sekaligus mengenal pasti hala tuju kehidupan.
RASIONAL
1.
Program
ini akan dijadikan platform di kalangan peserta bagi meningkatkan tahap
keyakinan diri untuk menempuh cabaran di masa akan datang.
2.
Memupuk
semangat yakin pada diri sendiri dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian
akademik serta ko-akademik.
3.
Menyemai
semangat kerjasama di kalangan peserta bagi mewujudkan suasana memimpin dengan
lebih efektif.
4.
Memberi
pendedahan kepada suasana sebenar bagi merangsang minat belajar di kalangan
peserta.
OBJEKTIF/MATLAMAT
1.
Peserta
akan didedahkan dengan ciri-ciri pelajar yang berwawasan serta berkeyakinan
melalui aktiviti dan ceramah motivasi yang dirancangkan.
2.
Memberi
peluang kepada peserta untuk mewujudkan semangat kerjasama seterusnya peserta
akan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
3.
Tahap pelajaran
dapat ditingkatkan bersama keyakinan melalui aktiviti yang dirancang.
4.
Dapat
menerapkan keupayaan memimpin kepada peserta-peserta.
SASARAN PESERTA
1.
Anak-anak
angkat kumpulan Elite.
2.
Murid-murid
Tahun 6 (Cemerlang)
3.
Jumlah
peserta seramai 100 orang murid dan 20 orang guru.
TARIKH/JANGKAMASA
– 16 Jun 2012 ( Sabtu )
TEMPAT
– Dewan Sekolah Kebangsaan
Bangsar
JADUAL PROGRAM TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN
2012 (KEYAKINAN DIRI KUNCI TAMADUN TERBILANG)
Tarikh :
16 Jun 2012
Hari : Sabtu
Tempat :
Dewan SK Bangsar
MASA
|
AKTIVITI
|
7.00 – 7.30 pg
|
Pendaftaran, agihan kumpulan dan sarapan.
|
7.30 – 8.00 pg
|
Bacaan doa dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK
Bangsar
Pn. Che Norizam bt Abdullah.
|
8.00 – 9.00 pg
|
‘Ice Breaking’ (Keyakinan Diri Dan Kesedaran Untuk
Berjaya)
|
9.00 – 10.30 pg
|
Latihan Dalam Kumpulan 1 “ Aktiviti Membina Keyakinan
Diri ”
|
10.30 – 11.00 pg
|
REHAT / MINUM PAGI
|
11.00 – 1.00 tgh
|
Latihan Dalam Kumpulan 2 “ Aktiviti Membentuk Pelajar
Cemerlang ”
|
1.00 – 1.30 ptg
|
Penutup dan penyampaian hadiah.
|
1.30 – 2.00 ptg
|
Makan
tengahari dan bersurai.
|
PENUTUP
Terima kasih
yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak
langsung di atas kerjasama yang diberikan. Diharap program ini dapat berjalan
dengan sempurna dan lancar serta membuahkan hasil yang kita inginkan.
No comments:
Post a Comment