Membaca merupakan proses berfikir yang melibatkan daya pemikiran yang berkaitan dengan perkara-perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dan memberi idea serta mengaplikasikan maklumat dalam situasi atau pengalaman yang baru. Ia merupakan perhubungan antara pembaca dengan penulis serta idea-ideanya yang berinteraksi secara berterusan.
TEKNIK MEMBACA
1. Tetapkan matlamat membaca.
2. Membuat catatan semasa membaca memudahkan mengingati fakta-fakta penting.
3. Lakukan tinjauan pada teks yang diberi dengan memberi penekanan kepada tulisan berhuruf tebal, gambar rajah atau graf yang membantu menerangkan sesuatu konsep yang berkaitan dengan tajuk.
4. Baca pengenalan dan kesimpulan.
5. Baca dan berikan tumpuan baris pertama setiap perenggan.
6. Berikan sepenuh tumpuan pada bacaan agar mudah memahami maksud.
7. Keupayaan pembaca menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dapat membantu melancarkan lagi pemahaman ke atas bahan bacaan.
Sumber : Majalah Kuntum November/ Disember 2011
Flipbook.
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Pada 12 Disember 2011,murid-murid SK Bangsar seramai 18 orang yang terdiri daripada Tahun 5 dan 6 serta 5 orang guru pengiring iaitu Cikgu Wan Rosdan, Cikgu Sarimah, Encik Hafiz, Ustazah Ani Syaliza dan Cikgu Norhazalina diberi peluang melihat lebih dekat Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke13. Murid-murid melihat dan melambai serta melaungkan "Daulat Tuanku" di tepi Jalan Parlimen. Murid-murid dapat melihat lebih dekat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta Perdana Menteri Malaysia . Murid-murid sekolah berbaris di Jalan Parlimen menunggu ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Rakyat jelata memberi penghormatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam Istiadat Keberangkatan Balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)